Tulisan puisi itu
Bukan untuk ku....aku tahu
Luahan perasaan mu pada yang kau perlu
Walau ku cuba beribu mahu
Dan ku lontar berjuta nahu
Tak akan merubah ganjak mu
Memilih dia dari aku
Yang hanya berdiri terpaku
Hati bagai dipalu
Tiap kali kau sapa jemu
Puisi itu hanya untuk dia
Yang cuba kau analisa
Sebagaimana aku kau cuba
Menduga segenap hati perasaan purba
Walau tingkapnya aku enggan buka
Ditiup kencang sampai tersua
Aku tahu puisi itu bukan untukku semata
Lalu ku karang ini untuk kau baca