Saturday, October 19, 2013

Sang Air Mata

Berdiri susuk di antara laut dan pantai
Tangannya mendepa landai
Di sapa awan ,  di sapa alam
Namun semua hanya diam
Sunyi in mencengkam
Dan dia terasa haram
Kerana diri yang penuh kelam

Mengharap hidup akan bahagia
Namun sering terlupa
Hidup ini susah di teka
Walau dia mendalam menduga
Aku tahu dia fikir kan bunga hatinya
Yang enggan menguntum engan mekar tumbuhnya
Seperti apa yang di kata
Hidup imi susah di teka
Kalau dia kurang peka
Tetaplah dia sebagai Sang Air Mata