Tuesday, October 29, 2013

Hawa....Di Mana Adam Mu

Jarum jarum jam sudah tertumpu pada angka 12
Hawa.. Kau masih sendiri tanpa belas
Di mana Adam mu cuba kau jelas
Beribu sapaan dia masih tak balas
Adam mu kini sibuk berlaga gelas
Ada yang asyik melampias
Gadis gadis bukan engkau lentok di bahu sasa
Itu bukan gadis yang di nikahinya
Di mana Adam mu cuba kau cerita
Sedang sibuk menunjal bola aneka warna
Daun pakau kemas di sisi meja
Silap langkah rantai pusaka mu terjaja
Di mana Adam mu cuba kau teka?
Sedang meniarap dalam suka
Di gosok gadis gadis berbaju tiada
Membuat dia lupa segala
Hawa.....hanya sabar sahaja