Bapak rugged anak groovy
Sedang membiak di sana sini
Di pantai memakai bikini
Di kubur memakai mini
Orang-orang kampung mengadap kiblat
Mereka membaca komik-komik barat
Bermain karate ganti bersilat
Makan anggur menggantikan langsat
Gasing dibuang dimajukan bowling
Berasmara mereka kata necking
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking
Buang mak inang digantikan dancing
Tetapi, bila bergula dalam kencing
Barulah teringat nak makan jering
Terkenang kepada petai dan kerdas
Barulah nak belajar mandi hadas
Melayu bukan, Malaysian pun bukan
Cina bukan Indian pun bukan
Inikah akar-akar yang mengaku rotan?
Atau kaca -kaca yang mengaku intan?
Sajak ini telah dibaca oleh Pak Sako dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen Universiti Malaya 1973 sewaktu menerima anugerah Doktor Kesusasteraan. Membuatku terfikir kerana sekarang pun musim konvokesyen. Ada lagi ke pengisian seperti ini di konvokesyen??? Sekarang ini manusia terlalu kejar segulung kertas yang memang tak bernilai langsung tanpa ilmu yang di manafaatkannya. Pak Sako....dia diantara pahlawan tak terdendang di negara kita. Terus di lupakan dalam lipatan sejarah yang di tulis oleh mereka yang telah "menang". Bukan di tulis atas kebenaran......