Thursday, October 17, 2013

Bila Ia Kembali

Terlentang memandang siling
Mahu sahaja pil ini ku baling
Sakit yang tak sudah sudah pusing
Menjerit sendi tika berguling
Hendak pinta makan pun di tengking
Kerana dia sibuk ketawa dengan saing

Itulah bila kaki sudah kembali
Tiada lagi sakit tika berdiri
Aku terbuang mana peduli
Tercabar ego aku kan lelaki?
Aku di sini kerana Kasih abadi
Kalau tidak sudah lama kau sendiri

Sudah lupakah akan aku wahai kamu
Yang menyuap nasi waktu kau perlu
Memimpin tanganmu waktu rendahmu
Boleh ku ungkit kalau ku mahu
Tapi aku mahu kau gembira selalu
Walau di atas landas sengsaraku
Semalah baru kau khabar tiada guna ku
Meruntuhkan ego menambah haru
Kerana aku dian seluruh malam mu