Semangat ku terbelah dua
Patah...diratah...dimamah
Patah yang tak mampu ku tongkatkan paruh
Apatah lagi siku dan kuku
Air mata itu pahit
Yang memadam manis manis kucup
Bermain canda di dalam minda
Berteman sunyi sejuk rimba
Patah ini tak berbalut
Kerana aku masih menaruh kau sambut
Membantu aku berfikir dalam kabut
Memapah aku lari dari ribut
Tak terduga sejuk air sungai
Walau dataran hatimu ku nampak landai
Rupanya tangga warasku yang di makan anai
Anai curiga, gelojoh dan tak pandai
Kalau rasa di hati ini bisa aku luahkan
Kau tak perlu bicara
Berikan sahaja petanda
Bahawa aku kini tidak lagi patah
Sambut lah tanggan tunjukkan arah
Agar hatimu kan ku diam bagai di Jannah.