Maafkan aku wahai kamu
Ku tak membalas sapaan mu
Aku sudah terlana di malam minggu
Dibuai mimpi berimej lalu
AKu tahu kau tak suka menunggu
Tetapi aku tak berdaya ketika itu
Orang pasir sudah datang dulu
Membuat mataku kuyu
Untuk bertidur umpama kayu
Maafkan aku wahai kamu
Kalau ku bisa putarkan waktu
Sudah pasti ku minum 8 espresso sekali lalu
Kan ku ludah orang pasir yang datang mengganggu
Agar aku dapat menjawap sapaan mu
Kerana kau terlalu istimewa buatku
Mungkin kau tak pernah tahu
Atau memilih untuk tidak menahu
Kan ku lakukan segala untukmu
Agar kau tak menunggu
Agar kau bahagia selalu
Walaupun tidak bersama aku
Maafkan aku wahai kamu
Jadilah aku yang istimewa buatmu.......