Thursday, October 17, 2013

Aku Belum Lagi Mati

Tak pinta di pahami
Walau aku kini sunyi
Aku rasa lebih baik bergini
Tunggal di kamar sepi
Bila tiap kata menyakiti diri
Yang berjanji entah mana pergi
Balik seperti dulu kini
Takkala ajal kian menari
Yang disini berkata tak perlu aku lagi
Yang disana berdiam kali
Kalau bukan kerana kasih abadi
Telah lama aku lari
Memudar diri mengeras hati
Jangan pura-pura seolah kau mengerti
Hidupku bukan kau hakimi
Katamu bukan mahkamah abadi
Jangan adili ku lagi
Bila kau hanya lihat permukaan jadi
Yang telah ku perisaikan sunyum berkali
Katamu menguris mati
Katamu pula buat aku mengerti
Hidup ini untuk ku jalani sendiri
Yang ramai hanya berdiri
Menunggu aku tersungkur ke bumi
Jangan adili aku lagi
Aku belum lagi mati