Tugasmu tak pernah selesai teman
Kau masih ku mahu
Namun aku rasa aku perlu berlalu
Agar tenang laku hidup mu
Ku sedar ini takdirku
Untuk kau jengah seketika waktu
Agar seimbang waras kalbu
Agar terair rasa sepi pilu
Kau masih ku mahu
Mengisi tiap ruang kosong hatiku
Yang semakin terasing tanpa lagu
Di tusuk angin angin ragu
Kau akan tetap ku mahu
Kan ku tunggu sehingga rasa ini bertukar perlu
Nukilan Orang Hati. Sisinya Gelap Tidak Kelihatan. Dikenali Tapi Tak Pernah Dierti. Ramai Tapi Tetap Sendiri. Gembira Tapi Tak Pernah Terisi. Mendakap Realiti Dalam Mimpi, Benar Tapi Penuh Palsu. Hilang Dalam Terang. Sembunyi Dalam Gelap........Cinta Itu Inspirasinya