Lepas ia di langit luas
Pada ku hanya tangsi berkaca awas
Tak akan aku menariknya keras
Tak mahu ku biar tangsi ini tewas
Kan ku biar ia terus terbang bebas
Menikmati dunia dingin dan panas
Aku di sini berdiri asas
Dalam fikiran yang terus waras
Walau angin bertiup deras
Biarlah tangsi ini jangan dicantas
Moga disuatu hari, aku dipandangnya teratas
Nukilan Orang Hati. Sisinya Gelap Tidak Kelihatan. Dikenali Tapi Tak Pernah Dierti. Ramai Tapi Tetap Sendiri. Gembira Tapi Tak Pernah Terisi. Mendakap Realiti Dalam Mimpi, Benar Tapi Penuh Palsu. Hilang Dalam Terang. Sembunyi Dalam Gelap........Cinta Itu Inspirasinya