Sunday, October 6, 2013

Mencari Khalayak

Aku di permulaan dalam minggu
Walau ramai menganggap ia di akhiran
Menunggu putaran terakhir mesin basuh
Seumur hidup aku terbiar tak teracuh
Khalayak hanya berkata mereka mengerti
Aaaah apa yang mereka tahu tentang semua ini
Seumur hidup juga aku jalani hidup ini sendiri
Mengapa tetitba air mata ini mengalir?
Adakha tulisan ini benar dari hati
Hati yang makin sunyi  tak berpenghuni
Setelah pengunjungnya sudah mula lari
Lari dengan diam tanpa nota kaki
Setelah segenap hati in dinikmati
Maafkan aku khalayak
Andai kehadiran aku hanya menggangu
Tiada niatku untuk bergitu
Kekosongan ini telah lama bertamu
Jiwa terlonjak bila kunjuangan menjamu
Pada khalayak yang tidak senang
Maaf kerana aku tidak tenang
Aku tak mahu cetuskan perang
Namun hanya mahu diri ini di sayang
Kalau aku ini hanya bayang-bayang
Padamkan sahaja lampu dan aku akan hilang,,,aku akan hilang...aku akan hilang