Berkorban dan terkorban sudah tepu
Tersandar di dinding realiti perlu
Sudah tiba masa denai ini tersuku
Kerana semuanya tak seperti dahulu
Tak dimahu tak diperlu
Perlahan tubuh lutsinar ini disapu
Baru tahu
Ini korban terbaru
Tak akan terganjak tak akan berlalu
Biar ditolak ke sudut sepi malu
Teguh berdiri semahu
Walau lepas pandang begitu
Pandang sinis beribu
Pandangan yang lepas melalu
Kata-kata sudah lama kelu
Tak akan berganjak mahu
Terus menunggu
Sanggah untuk hilang sebegitu
Berkorban tapi tak akan terkorban.....sudah terntu