Sunday, October 13, 2013

Suatu Masa Dahulu

Kalau aku cuba mengimbau lipatan memori aku, aku sudah mula menulis sejak umur 8 atau 9 tahun lagi. Aku masih ingat lagi ketika itu aku akan mengoyak kertas yang di tengah-tengah buku tulis supaya ia menjadi seperti suratkhabar. Apa yang aku tulis??? Berita akhbar imiginasi aku. Aku akan tulis dari segenap aspek dari siri kartun Voltron sampailah ke kes jenayah dan sukan yang aku reka-reka. Banyak juga aku tulis sehinggalah abang aku menjumpai koleksi aku dan membuat akhbar versi dia pula mengguna buku 555. Berita pertama yang dia tulis adalah kisah penulis akhbar yang gila kerana hanya menulis tajuk akhbar sahaja. Kejadian itu memang terkesan pada diriku membuatkkanku terus berhenti menulis. Mengganjak umur 10 tahun, keluarga aku berpindah dan aku mendapat sekolah baharu.
Pada waktu itu, guru dikelas bertanya siapa yang tahu apa dia syair, satu kelas diam kecuali aku yang mengangkat tangan. Aku pun menunjukkan gaya syair pada rakan-rakan kelas yang rata-rata bukan melayu. Dari saat itu aku mula beralis menulis puisi kononnya (sebenarnya tak layak pun). Dari situ aku mula berjinak dengan syarahan dan pidato. Namun cubaan itu gagal. Aku punya banyak idea yang bernas kata guru tapi aku gemuruh bila dipentas dah persembahan aku menjadi kaku.
Pada perkhemahan pengakap, di malam persembahan, aku telah berjaya menulis lirik untuk patrol aku berdikir barat. Walaupun kami tidak menang, aku berbangga dengan lirik itu sehinggalah.
Bila tiba ke sekolah menengah aku aku dapati idea-idea aku menulis puisi dan cerpen semakin mencurah-curah. Antara tulisan aku yang aku masih boleh ingat adalah cerita ala - ala sains fiksyen sekumpulan polis angkasa yang menaiki kapal angkasa mereka yang bernama SS Pertualang (mmg poyo).
Tapi menganjak umur 16, aku seolah-oleh berhenti menulis. Tiada lagi karya yang aku hasilkan sehinggalah tahun 2000 tiba-tiba aku menulis kembali. Itupun kerana ingin menambat hati seseorang. Dan sememangnya ia gagal dan sekali lagi penulisan aku berhenti dan muncul kembali sekitar 2005.Juga kerana seseorang. Di bawah adalah karya- karya aku sekitar 2005-2008

Koyak ( August 2008)

Terbalut nipis ego ini
Walau ia besar lagaknya
Koyak ia dengan kata
Rabak ia kerana nista
Bila lutut ini sudah bertemu bumi
Maaf bukan lagi penawar
Ampun bukan bayu yang dingin

Ego bila terkoyak..........sudah tiada jalan kembali


Kini Masa Tuk Berlalu (May 2007)

Kenangan dan perasaan adalah dua benda yang aku benci. Lebih2 lagi apa yang dituju tidak pernah sampai, apa yang dihajati tidak tercapai. Akhirnya kenangan membunuh perasaan, meratah kehidupan. Bukan mudah tuk melupa walaupun aku seorang pelupa

Indahku disana (April 2007)

Berakhirnya bulan maret
Telahpun ia pergi
Membawa segala harapan yang tersisih
Meninggalkan sejuta tangisan rapuh
Pada lukisan sebuah mahu
Lidah ini mungkin selamanya kelu
Rasa ini telah pun terbenam malu
Namun ia tetap terberkas satu
Dalam hatiku yang tidak ia tahu

Moga berjaya kau diasana
Dalam dakapan yang lebih erat
Disapuh kata kata yang lebih merdu
Kerna aku akan terus menunggu kelu dan malu
Ternyata kau adalah indahku

Separuh Kini Lengkap (Sept 2006)

Manusia dilahirkan hanya separuh
Dibiar hidup mencari pasangnya
Mencari padanya yg sepadan
Mencari baginya yg selawan
Hitam bukan untuk yg putih
Melainkan putih sepadan dengan hitam

Bermula satu lembaran baru
Bersama ia turut serta si arus deras
Bergelumang dengan gelombang panas
Terduga dengan ombak berparas

Kasih tak perlu lari
Tak perlu juga dia terus berdiri
Melainkan membiarkan ia terus melalui
Walau tercalar parut terluka
Tapi jangan biar ia bernanah
Menjadi kudis yg meratah tubuh

Kasih bersama kita menyusur jalan ini
Berpimpinanan mendongak keatas
Hari muka menanti
Biarkan siang terus cerah
Dinanti malam yg bergelita kelam

Kau..........(May 2006)

Kau Lukakan Kembali Hatiku Yg Kian Sembuh
Kau Patahkan Kembali Semangatku Yg Mula Tumbuh
Fikiranku Kian Keruh
Hatiku Kian Teduh
Aku Sudah Tidak Dapat Mencari Paruh
Untukku Tongkatkan Sayap2 Yg Labuh


Kenapa Aku Sayang Kamu (April 2006)

Kenapa aku sayang kamu ?
Kau adalah bayu-bayu lembut
Yg menyapu telapak kakiku
Mengangkatku ke tingkat yg lebih sempurna

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna tiap detik ini kurasakan syurga abadi
Turunmu mu umpama bidadari
Memukau mata mengkelukan hati

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna kau sentiasa berada dijalan takdir ini
Menepuk menyorak sambil menyanyi
Agar aku tidak tercicir dan sunyi

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna hati ini sudah tak dapat mencari
Insan terindah tersohor lagi
Hanya kau kuletak pada takat tertinggi

Kenapa aku sayang kamu ?
Kerna hanya kau untuk diri ini
Yg tetap berada disisi
Dan melengkapkan segenap segi
Diri yang hina ini

Sang Halimun (April 2006)
Berkata dia walau tak di dengar
Menanti dia walau tak ditunggu
Menyapa dia walau tak penah bahagia
Senyum menjadi perisai melindung laranya
Tawanya palsu semata untuk perhatian
Namun tiada siapa pernah menduga ujudnya dia
Kerna dia hanyalah Sang Halimun....makhluk hina

Berjalan sering mendongak ke langgit
Agar tangis tak bisa jatuh
Hatinya sunyi tak pernah bersambut
Jiwanya parah tak penah diambil tahu
Berlalu insan menghembus debu
Memijak dirinya terus berlalu
Kerana dia hanyalah Sang Halimun....makluk lara

Tiap petang dia akan mendaki bukit-bukit ini
Kerna pada dia sudah tiada siapa menanti
Merenung mentari yang kian mati
Menanti esok bila ia hidup kembali
Kenapa perlu mengikut kata orang
Orang yang tak pernah sedar ujudnya dia
Mungkin mereka itu tinggi diamnya
Harta diikat di dada mati
Tetapi dia.................
Hanyalah Sang Halimun....makluk tiada siapa peduli


Taip tangisku adalah raja. Memeintah lakuku untuk bertindak.....aku dambakan selamat malammu


Rapuh (April 2006)

Hati ini rapuh
Patahnya akan menggugurkan serpihan cinta yg tak ditadah
Membiarkan aku kelu tak bermadah
Menangis bila menghiris
Apakan lagi bila terhiris
Puas menggapai pada yg tak tercapai
Namun yg mendamba akan terus dibelai

Hati ini rapuh
Luka kecil bisa menjadi barah
Cinta ini bisa menjadi bahagia
Mendambakan selamat malam mu dalam terbitnya mentari
Walau sinar itu tak bisa dimiliki
Tiap gerimu adalah indah.............

segala perancangan kita kadang2 tak sentiasa melalui jalan yg kita mahukan kerana jalan ini milik Allah. Kasihlah pada org disekelilingmu bila dijalan ini. Moga hidup aku, kau, dia dan mereka semua akan bahagia

Rasa Aku (Mac 2006)

Aku akan terus tidak melupakanmu
Tiap wajah indah, tiap madah yang mencelah
Waktu aku merasa kau dekat tapi kau kian jauh
Tiap kali aku mahu menjauh kau kulihat dekat
Bermain difikiran hati, berlegar dalam lamunan sepi
Aku kini tak terdaya lagi
Kau kini telah sebati, menyelimuti hati, mengelubungi mimpi
Tak upaya aku menghalau ia pergi
Kerana rasa ini mengilhami
Pedih bila ia pergi tapi gusar bila ia disisi
Telah kutanam perasaan ini
Telah kupijak ia hingga mati
Namun rasa ini adalah sejati
Dan ia tak bisa mati..........

Pandangan Ini Tersasar (Mac 2006)

Berkelana aku dalam sejuk sepi
Mencari takdir yang kulihat samar
Pada siapa harus aku bertanya
Tanah ini tak bisa bicara
Pada siapa harus mengadu
Langit ini tak bisa mendengar
Meraba aku mencari pandanganmu
Telah lama kuidamkan tika pertama kali ia bertentang
Telah aku coretkan pada batu keras
Agar ia terus berkekalan tersurat
Aku masih menanti pada batu ini
Walaupun pandangan mu kian tersasar
Yang kuinginkan hanyalah indah
Dan indah itu adalah kamu

Terkambus Tapi Tak Tertimbus (February 2006)
Kambus semua agar ia tak naik semula
Kasi pijak tanah itu, ludahkan sedikit sebab memang sudah tak suka
Tapi esok naik balik, timbul semula
Buat fikiran haru, jadi akal biru
Sebab hati ini memang mahu, tapi keadaan minta kambus
Terus kambus, tapi makin tak tertimbus
Menyeringai naik semula, kadang2 fikir bakarkan sahaja
Pastu nak sekali ditimbus.
Eh! mane boleh camtu. Tinggi risiko.
Jadi teruslaa mengambus, tapi masih tak tertimbus
Sebab apa? Sebab hati memang dah nak........


Aku Fikir....Kau Fikir (December 2005)

Aku bertutur bahasa melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku hanya berborak-borak kosong

Aku dengar lagu melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana lagu melayu itu tak lagi melayu

Aku tengok filem melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku tengok filem semata-mata hiburan

Aku baca akhbar melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku hanya baca bahagian sukan

Aku tengok bola liga tempatan
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana dalam padang tu tak semuanya melayu

Aku dalami sejarah melayu
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana takde satu pun yang aku ambil teladan

Aku suka gadis melayu
Tetapi aku masih tak semelayu kau
Kerana semua bangsa itu sama disisiNYA

Aku enggan cakap bahasa Inggeris
Tapi aku masih tak semelayu kau
Kerana aku telah perlekehkan ilmu

Aku pikir aku lagi bagus dari kau
Ternyata aku masih lagi belum melayu
Kerana melayu itu sifatnya merendah diri