Katakan sahaja agar aku tahu
Jikalau aku menyesakkanmu
Andai aku melemaskanmu
Aku tak mahu mengganggumu
Tika hidupmu kian berlagu
Katakan sahaja agar ku tahu
Ku boleh terima tumbukan ke dagu
Kepalang sakit tapi aku restu
Dari kau berasa maaf buatku
Ku terima apa yang ditentu
Hatimu kebal tak seperti aku
Katakan sahaja agar ku tahu
Dari kau diam buat ku tunggu
Seharian menanti sapaan mu
Janganlah teman berasa ragu
Aku hanyalah taman untuk kau jemu
Katakan sahaja agar ku tahu
Diri ini sudah tak seperti dahulu
Kenal hidup indah selalu
Semuanya kerana kamu
Meniup semangat wirama laku
Katakan sahaja agar ku tahu
Walau sakit tak ku hirau lalu
Utama adalah dirimu
Yang tiap masa akan ku rindu