Thursday, October 3, 2013

Pemuda Di Tepi Pantai

Petang itu langit cerah bersama angin bertiup agak kencang. Kelihatan susuk tubuh seorang pemuda di tepi Pantai Cinta Baru. Matanya ralit memandang laut. Kakinya penuh luka baru dan lama. Bot-bot nelayan sudah mula berlabuh di jeti Pantai Cinta Baru.Pemuda itu, mendepa tangannya sambil berkata
"Oh lautan Cinta Baru. Aku di sini. Menanti mu walau kakiku terbenam pada pasir pantai ini" ujar pemuda itu.
Suatu masa dahulu, pemuda itu sering ke laut. Mengocak deru ombak, membelah lautan Cinta Baru yang luas sehinggalah lautan itu mula melemas dan mengkhianatinya. Pemuda hanyut di lautan cinta baru lalu terdampar ke pantai. Di pantai, pemuda itu di persona akan pasir pantai yang halus lagi putih. Sungguh selesa namun ia bukan lautan Cinta Baru. Namun begitu, kerana begitu asyik dengan pasir pantai, akhirnya pemuda itu lupa akan lautan. Sejak hari itu pemuda itu tidak lagi ke laut.
Namun setelah hari menjadi minggu, minggu menjadi purnama menjadi tahun, tahun menjadi dekad, pasir pantai yang dahulunya putih dan halus, kini bertukar menjadi cebisan-cebisan kulit kerangan yangg amat kasar. Tiada lagi pasir putih halus yang menjadi penawar. Kini ia menjadi penambah lukanya.
Kini seharian, semalaman, panas atau hujan. Pemuda iti akan setia berdiri di pantai Cinta Baru. Dia ingin ke laut tetapi kakinya terbenam di pasir pantai. Pasir yang makin hari menyakitinya. Namun pemuda itu tahu, wujudnya dia di tepi pantai ini bersebab. Sebab yang di tentukan oleh Maha Pencipta. Moga suatu hari nanti dia bisa menikmati keduanya. Namun pada realitinya pasir sudah pasti terbenan dek lautan yang luas,
Wahai pemuda di tepi pantai..............buanglah mimpi dakaplah realiti.