Friday, October 18, 2013

Kosong

Melihat angka kosong
Menanda dunia yang lohong
Tak sudah aku berbohong
Di sini cuma omong
Kini tak terselamat dengan tolong
Yang sudang berterbangan umpama polong

Sebati kini tiada lagi
Yang pernah membawa kita ke lewat pagi
Menyata apa itu dan ini
Tertinggal hanyalah saki
Membuat ku tak pernah mengerti

Aku tetap orang yang sama
Sebelum dan selepas bohong lama
Kalau itu tak bisa di terima
Tiada apa lagi yang perlu aku pelawa

Menunggu itu memang menjemukan
Tapi tetap terpaksa aku lakukan
Dari berturut di kecewakan
Oleh lena bagai di kata
Selagi tak terlihat di kaca mata
Kerana aku tak bisa menduga

Sudahkah kau lupa
Dimana kita begitu selesa
Sehingga aku luahkan apa yang terbaja
Pudarmu kian ketara
Melintasi waras yang tercuka
Memijak ego yang gagal perkasa

Kosong ini semakin melata
Dari satu hinga berjuta
Aku tak akan mengapa
Kerana ini bukan pertama
Cuma sakitnya kini berganda
Kerana jurang ini tiada dasarnya