Persimpangan ini ternyata sunyi
Untuk aku terus kendiri
Menelek nasib sendiri
Hidup atau mati
Duduk atau berdiri
Menunduk atau mendabik kini
Dia atau kamu
Kamu atau dia
Ku tak bisa genggam kedua
Akhirnya aku ini tiada semua
Angkara tamak haloba
Akibat nafsu bergelora
Tak mahu sabar menduga
Tak mahu diam mencerna
Tak mahu tinjau merencana
Dua dua telah tiada
Salah aku atau mereka?
Rugikah aku atau mereka?
Aku kini dalam merana
Kerana kerana kamu berdua