Hati umpama lautan
Terbuka luas tak bersahutan
Bisa lemas tanpa pautan
Jika diduga tanpa ketahuan
Berenang pantas ke tengah sepi
Dasar ini mahu diselami
Kaki terluka terkena karang berduri
Itulah dugaan yang harus dialami
Mahu mutiara....dugaan dijalani
Itulah kisah lautan hati
Tak semua dapat duga ia nanti
Boleh ia membawa mati
Aku mahu terus hidup untuk menikmati
Nukilan Orang Hati. Sisinya Gelap Tidak Kelihatan. Dikenali Tapi Tak Pernah Dierti. Ramai Tapi Tetap Sendiri. Gembira Tapi Tak Pernah Terisi. Mendakap Realiti Dalam Mimpi, Benar Tapi Penuh Palsu. Hilang Dalam Terang. Sembunyi Dalam Gelap........Cinta Itu Inspirasinya