Thursday, October 24, 2013

Berbicara Lagi Otak Sama Hati

Tak mampu lena
Insomnia melanda
Bersandar pada dinding kelana
Otak dan hati bertelagah sama

Wahai hati tegas otak
Ku tak sangka kau ini lemah dan lembik
Membuat aku jelik
Baru dua hari kau hendak patah balik
Di mana maruah orang baik baik?
Tak malukah kau mahu jilat balik?

Hati membalas tenang
Ya memang aku lembik, memang aku lemah
Kerana hatiku ini masih belum berjamah
Mahu saja aku ajak dia minum kopi
Menikmati sepotong kek bukan hari jadi
Bercerita tentang lalu dan kini
Menikmati bait bait puisi
Wahai otak yang gagal berfungsi
Hati ini masih berkuntum seri
Menunggu dia membawa ku lari di curi