Friday, October 18, 2013

Kawan Kawan Lama

Dua puluh tahun berlalu
Dari hari akhir taa'ruf
Tahun kita mengenal huruf
Belajar apa yang ma'aruf
Semua mahu menjadi filsuf

Kawan kawan lama
Tumbuh kita di daun pohonan sama
Bergelak sakan bermain lara
Mencari identiti jangan serupa

Makan megi di dalam baldi
Belajar silat di malam hari
Subuh menjelma semua lari
Ada yang menyorok dalam almari
Ada yang panjat loteng tiang seri
Namun ramai yang akur dan pergi
Walau dalam hati mahu tidur lagi

Dihari minggu keluar berbaris
Serba putih jarangnya nyaris
Mencari nasi goreng di pekan laris
Walau duit hanya tinggal selapis

Nakalnya kita tiada batasnya
Ketuk ketampi, jalan itik itu biasa
Walau sakit tetap ketawa
Kerana itu mainan sahaja
Hidup anak baru sendawa

Kini ketemu semua
Banyak cerita mahu diwarta
Tiap kita jadi orang juga
Walau dulu perangai "cam setan" semua