Bila berbicara tentang karma. Ramai yang aka teringankan lagu Hukum Karma oleh Wings tak pun lagu Karma oleh Cokelat. Pernah seketika anda terfikir yang karma telah kembali dan menggigit buntut anda. Ya buntut anda. Itu yang aku rasa kini. Hampa, kecewa, merana, sunyi, sepi dan macam-macam kini aku rasa. Karma untuk aku setelah aku biarkan ibu bapa aku merasa sebegini.
Bagi berkata tulus, aku bukanlah anak harapan, sering bawa masalah, tiada potensi. Jadi aku telah membuat satu keputusan yang drastik bertahun dahulu yang menghempaskan hati ibubapa ku. Aku dapat rasakan kini perasaan mereka kini. Hampa, kecewa, merana, sunyi dan sepi. Dan yang paling penting malu. Kini Allah kembalikan rasa itu pada ku. Malam-malam begini ketika umat manusia terus lena dalam pelukan insan yang mereka sayang, aku masih terjaga, sejuk, sunyi and mengejar bayang-bayang. Laksana cinta, kasih dan sayang memang sudah tak tertulis pada ku.
Itu tadi hukum dengan manusia, bagaimana pula hubungan dengan yang Yang Maha Esa. Kadang kala aku rasa hidup aku ini makin jauh dariNya. Hanya mencariNya ketika susah dan lupa tika senang. Aku hanya menjadi hambanya yang minumum. Mungkin sebab itu aku gagal mencari bahagia hingga kini. Ada sahaja yang tak kena.
Jadi kini membuat aku terfikir, kalau kita tak mahu diri kita di layan sedemikian rupa jangan lakuakn ia pada orang lain. Kalau tak suka ditipu, jangan menipu. Tak mahu menunggu, jangan biarkan orang menunggu anda. Ia akan kembali menggigit anda dibuntut. Apa yang telah aku belajar sejak dua bulan ini. Aku hanya perlu jujur pada diri aku sendiri. Kerana ia akan menjadi kesan domino dan kita akan jujur pada semua orang. Jangan soalkan apa yang ditentukan Allah. Rezeki, hidup, mati, jodoh dsb hanya Allah yang tentukan. Jujurlah, berbaktilah...ada ganjarannya kelak. Baik atau buruk???? Ia tak beri apa-apa perbezaan bagi aku.