Thursday, October 3, 2013

Horizon

Terkurung di balik tetingkap kaca
Mengamati horizon jauh tak terbaca
Kau jauh di sana
Menjawab segala tanda tanya
Walau pahit tertelan jua
Kan ku hadapi dengan senyuman dimuka
Mendongak dengan bangga
Telah aku cuba telah ku nyata
Tak ku paksa menerima
Kerana kau begitu istimewa
Cukup sekadar meneman bahagia
Ku serah kini pada empunya
Berharap terbaik dari Pencipta
Horizon sana.....tetap cerah ceria