Thursday, October 3, 2013

Pertama Kali

Pertama Kali dalam bertahun
Mengalir air mata kerana cinta
Kalau cinta, kenapa sakitnya begitu ketara
Dari luaran semuanya nampak halus...mulus
Namun dari dasaran...hanya tuhan sahaja yang tahu
Di sini aku sunyi..tak pernah dipeduli
Wujud hanya untuk menjadi abdi
Di sana, walau dulu berbunga sakti
Kini semuanya sudah berlari
Katalah apa saja yang dihajati
Lakukanlah apa saja yang di berkati
Namun selagi kamu tak terduduk di sini
Memakai sepatu yang aku pakai kini
Kau tidak akan mengerti
Aku akan bangkit dengan sendiri
Itu aku tahu kerana itu semula jadi
Namun aku ingin pertama kali dalam bertahun
Di sayangi, di erti
Kerana aku tak bisa lakukannya sendiri