Nukilan Orang Hati. Sisinya Gelap Tidak Kelihatan. Dikenali Tapi Tak Pernah Dierti. Ramai Tapi Tetap Sendiri. Gembira Tapi Tak Pernah Terisi. Mendakap Realiti Dalam Mimpi, Benar Tapi Penuh Palsu. Hilang Dalam Terang. Sembunyi Dalam Gelap........Cinta Itu Inspirasinya
Monday, September 30, 2013
Aku Tunggumu Di sini Sayang
Nescaya aku diamkan sahaja
Agar kau tidak rasa beban
Umpana hidup dalam reban
Kan ku cuci segala kakasan
Kan ku lipat segala pakaian
Kan ku sapu segala habuk di lantai
Namun ku pilih bersantai
Kerana penat aku pun belum sahaja selesai
Maafkan aku......
Katil No 5
Di katil bernombor 5
Ibu membaringkan bayinya
Menyandar telapak pada tengkuknya
Ubunnya masih lembut
Bayinya masih tiada tangis
Birai ditarik deras
Ibu dipinta keluar segera
Matanya kini sudah berkolam
Teriak bayinya kedengaran lantang
Seolah memanggilmu wahai ibu
Kolam matanya kini tak terbendung
Mendengar bayi menangis meraung
Ibu hanya mampu menutup telinga
Datang ayah mendakap tubuhnya
"Anak kita sayang......anak kita"
Muncul
Kala jiwa hangat terdidih
Muncul bayu menghembus segala pedih
Kala hati terluruh habis
Muncul tangan menutup tiris
Kala pipi terpijar jerih
Muncul telapak nengusap bersih
Kala panas hari membawa terik
Muncul gemawan memayung pekik
Kala iblis mula menari
Muncul malaikat menghalau lari
Kala duka datang membanting
Muncul sang puteri cantik tak terbanding
Bangkit
Terhenti
Menunggu masa bergolek ke longkang
Kau melihat seperti tiada apa
Setelah laku angkaramu sedemikian rupa
Tak perlu berkata apa
Tiap kata menghiris lagi luka
Semua ini tak boleh ku terima
Seperti mahu melangkah pergi sahaja
Tahukah kau perasaan ku
Tentukah kau pada minda ku
Jika isu sering pada yang tiada muka
Tak pernah kau fikir tentang yang masih ada
Aku yang masih ada
Aku yang nilainya tiada
Aku yang kau anggap berdosa
Aku yang kau sisih pahala
Terhenti sudah segala nyala
Ambil sahaja semua yang kau puja
Aku di sini tak apa apa
Sampai masa......pergi jua
Terhenti sudah akhirnya...................................
Hujan Tangis
Maka bumi adalah sahabat karibku
Tangisnya bersama ku yang kini meruntun
Takkala aku seorang dalam ramai
Sepi dalam riuh
Hina dalam mulia
Tangis dalam tawa
Senyum dalam cuka
Aku mengerti...betapa kecilnya aku ini
Tak siapa peduli
Walau yang dekat...yang jauh masakan lagi
Semuanya hanya dibibir mulut
Bolehkan dipercaya....nanti di akhirat ia dikatup
Aku akan sentiasa memberi
Sepenuh jiwa, sepenuh rasa, sepenuh setia
Tetapi tidak penah merasa
Cinta...kasih...sayang...rindu...kucup....dakap
Yang ada cuma palsu
Yang tinggal sudah basi
Ada kalanya aku mahu kembali sendiri
Mengiring merengkok krekot di sudut sepi
Di mana aku takkan disakiti..takkan dikhianati
Wahai umat semua
Wujudnya aku tidak lama
Hanya sekejap yang aku pinta
Bukan dijulang setinggi menara
Tapi hanya berdiri separa
Jalan hanya aku dimulia
Selapas aku menutup mata
Watku itu tiadalah ia berguna
Melainkan meyedapkan hatimu yang dusta
Sunday, September 29, 2013
Sekali Lagi
Kau koyakkan aku punya hati
Adakah salah aku yang ingin menasihati
Kau balas umpama aku tiada harga diri
Aku bukan pak turut yang hanya menuruti
Aku bukan cap mohor yang hanya mengikuti
Aku adalah pintu syurgamu
Yang menyayangimu tanpa jemu
Walau sempurna bukan namaku
Dekali lagi dalam banyak kali
Kau menidakkan apa yang ku perhati
Bukan mengungkit tapi mengingati
Agar kau tak tersasar asmara duniawi
Yang telah menembusi beberapa kali
Lihat mataku, kolamnya kau selami
Aku adalah pintu syurgamu
Yang menyayangimu tanpa jemu
Walau sempurna bukan namaku
Landasan
Bila Dia Menyapa
Tegak segala roma
Kupu-kupu enak muncul semula
Berterbangan menggeletek perut jiwa
Rasanya seperti jatuh cinta
Atau aku yang sendiri suka
Sakit
Telan penawar masih lagi tak berganjak
Kepala memberat tak mampu bergerak
Eh..... tapi sedap juga suaraku yang serak
Lenguh kaki ku sakit terbirat
Segala sendi seperti disiat
Perut terkalih macam terpiat
Bila agaknya sakit ini mahu sembuh
Ini akubat bila hati tak acuh
Saturday, September 28, 2013
Jalan Menuju Bahagia
Andai aku ditanya apa erti jalan bahagia bagi aku. Jawapannya mudah, aku akan bahagia bila kehidupan aku ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Masih lagi subjektif kan? Ertinya biarlah aku sediri yang tahu. Klau ada diantara kalian yang ingin meneka...silakan. Bila kehidupan kita dapat menjadikan diri kita dan orang lain lebih baik. Di situlah bahagia aku aku menginap. Tiada jalan salah atau jalan betul dalam mencari kebahagiaan.
Kadang kala jalan yang salah itu sebenarnya adalah jalan yang betul tanpa kita sedar. "Serendipity" atau "fortunate mistake" adalah satu cara Allah menunjukkan aspek maha pemurahNya. Kalau semua pintu sudah tertutp, nescaya Allah akan bukakan satu lagi pintu untuk kita cari penyelesaiain. Apa yang kita perlu tanamkan ialah, redha, buka hati dan pemikiran, jangan berfikiran klise and stereotype nescaya walau jalan kita bersimpang siur dan berlubang., Kita akan jumpa juga satu titik bahagia yang kita cari. Dalam masa perjalanan itu, amatilah keindahan alam sekeliling, berhenti bila rasa perlu dan resapi segala keindahan dunia ciptaan Allah sehinggalah kita dipanngil menemuiNya.
Balik Kampung Batu
Balik Kampung....
Tiada lagi pohon nyiur melambai
Tiada lagi jernih air sungai
Dusun sudah lama terabai
Seruling gembala kini terlandai
Tiada lagi orang-orang pandai
Balik kampung batu
Yang ada hanya tangan kapitalis melambai
Yang mengalir cemaran di sungai
Buahan dusun terjual di gerai
Nyayian hendon dengar terbuai
Yang ada orang yang memandai -mandai
Satu Kata
Boleh musnahkan semua
Aku masih perlukan dia
Hati ku perlu denyutannya
Nadi ku perlu aliran darahnya
Andai satu kata ini dapat aku tuturi
Agar dia paham agar dia sedari
Gemuruh jiwa yang aku alami
Gempita minda yang aku jalani
Kalau satu kata ini aku pendami
Satu Kata
Telah ku pinta pada yang Esa
Tunjukkan jalan yang Engkau Redha
Hati mana yang perlu terbuka
Pandang mana yang perlu terleka
Jiwa mana yang telah ternoda
Hawa mana yang sudah digoda
Satu Kata
Akhiran atau permulaan
Tak boleh Ku ambil ringan
Risau kalau hatinya enggan
Mengganggap ini semua hanya mainan
Pandanglah aku
Dengarlah aku
Tataplah aku
Selamilah aku
Amatilah aku
Rasailah aku
Satu kata.......RINDU
Friday, September 27, 2013
Baju Melayu Ku
Aku suka berbaju melayu
Sepersalinan lengkap bukan satu -satu
Kalau izin hari-hari aku mahu
Berbaju melayu selalu
Pelik bila aku lihat jika ada yang malu
Akhirnya baju melayu tertinggal sayu
Hanya dipakai di keraian haru
Ada yang sanggup bungkuskan dulu
Pakai baju melayu bila tiba waktu
Tapi tidak pada aku
Ini baju melayu bukan baju jumaat.....tahu?
Kejar
Hati kau ikat pada kail
Kail kau ikat pada tangsi
Tangsi kau ikat pada joran
Joran kau letak kepala ku
Terjuntai hati di depan mata
Namun di kejar tak dapat-dapat
Di kejar lagi dan lagi dan lagi
Masakan mahu dapat
Joran kau letak di kepala ku
Di hujung joran di ikat tangsi
Di hujung tangsi kau ikat kail
Di kail itu kau sangkut hatimu
Terasing
Disapa sahabat lama
Sahabat yang tak lagi sama
Mengintai dia menunggu tiba
Kalau aku ini tiada apa
Pergi kau dari sini
Tiada lagi tempatmu kini
Aku gembira ramai ingini
Aku tak perlu kau lagi
Namun jauh di fikiran runsing
Di persimpangan tiada pusing
Sunyi ini terdengar dalam bising
Aku memerlukanmu wahai kawan....namamu terasing
Yasmin Ahmad - Memperingati Seorang Pencerita
Seorang rakan pernah menegur. "Yasmin ini mengajak ke arah pluralisma agama. SESAT'. Waktu itu aku terdiam sahaja dan tak membalas. Mungkin ada benar hujah rakan ku ini yang sebenarnya seorang fanatik penulis Faisal Tehrani.
Tapi kini selepas membaca naskah ini aku terfikir, kenapa perlu kita hujah mula dari perbedaan? Kenapa tidak bermula dengan persamaan dan dari situ kita bina dan pupuk sesuatu yang lebih positif. Kita harus mencari titk persamaan dahulu bukan mencari garisan pemisah. Selain itu pemikiran yang positif dan optimis juga harus dipupuk. Di dalam buku ini seorang rakan arwah Yasmin mengimbau kembali ketika Perang Teluk pertama baru sahaja meletus dan rakannya mengajak arwah ke demonstrasi anti peperangan. Arwah terus menolak dan memberitahu kalau ada demonstrasi pro keamanan baru dia akan pergi. Di sini kita dapat lihat dimana arwah menolak sesuatu yang agak negatif naratifnya dan memilih satu yang disebut lebih positif walhal kedua-duanya hampir sama.
Tiba-tiba aku teringat, aku membesar di Subang Jaya di mana rumah aku sederet dengan rumah Pak Atan dan Mak Inom (ibu bapa arwah). Walaupun aku tidak pernah berjumpa tapi aku teringat cerita emak aku. Emak aku sering melihat Pak Atan dan Mak Inom di pasar dan Pak Atan seorang yang amat kelakar dan sering membuat Mak Inom ketawa. Harap aku dapat buat yang sama sebegitu bila samapi masanya kelak. Sebelum aku mengakhiri tulisan untuk pagi yang bening ini aku ingin berkongsi puisi tulisan arwah yang berjaya menawan hati ku. Hayatilah:-
Rindu
Walau bengkak ini membuatkan ku sensara
Menagih segala bentuk dan rupa
Menghidu segala bau dan rasa
Adakah dia merasai sama
Atau sekadar rupa atas nama
Kabarkan pada ku wahai cinta
Andai rasa ini kita rasai bersama
Thursday, September 26, 2013
Hak Untuk Berselamat Malam
Pada malam ketemu dahi di muka sejadah
Pada malam basah lisan memuji rahmatNya
Pada malam telah tercipta karya-karya agung
Pada malam telah terlaksana lafaz-lafaz yang dulu terbendung
Pada malam menjadi saksi pautan hati-hati yang mabuk berkasih
Pada malam berlaku pentempuran memakan darah
Pada malam terjadi bencana lampias serakah
Pada malam tamatnya riwayat insan bacul
Pada malam terangkatnya pendekar baru mucul
Saksikan betapa hebatnya malam
Walau gelap tapi tak pernah malap
Tika malam kehidupan tak bertopeng
Namun tiada yang ambil pusing
Hanya menunggu mentari terbit
Agar bermula larian yang takkan habis
Namun...selagi adanya malam...
Berikan ku hak untuk berselamat malam
Tak ku sanggup terbiar seorang dalam kelam
Ke Angkasa Dan Kembali
Cepat bertukar umpama kelip mata berkali
Ada ketika terangkat ke angkasa abadi
Dan sekelip terjunam ke bumi kembali
Lebam tubuh tersakiti
Sakit yang amat aku cintai
Aku mahu laluinya sekali lagi
Ke angkasa dan kembali
Umpama lagu Diandra Arjunaidi
Walau sakit aku tak penah peduli
Terembes adrenalin umpama dadah ke nadi
Kan ku kembali seperti denyutan hati
Ke angkasa dan kembali
Terhempas aku ke tanah berseri
Terlentang lena tertiduri
Renungan lepas ke angkasa alami
Kan aku kembali ke sana nanti
Bila kau menyapa aku esok pagi
Wednesday, September 25, 2013
Gadis Dalam Samar
Kesamaran membaluti tubuhnya
Tika dia masih enak terbuai lena
Tak ternampak senyum mata
Tak terdengar hilai tawa
Kesamaran ini menutup dirinya dari pandangan dunia
Pandangan dunia si pemuja rahsia
Tak terjangkau lihat pandangnya
Melainkan hati yang diguna
Memancar cahaya bersilang duga
Seorang gadis dalam samar
Tak suka atau hanya menduga
Adakah pemuja ikhlas lakunya
Atau hanya mencari tampalan tirisan dia.....
Tak
Pernahkah merasa...
Rasa cinta tapi tak terkata
Rasa rindu tapi terkedu
Rasa sayang tapi tak tertayang
Rasa kasih yang tak mampu fasih
Rasa cemburu yang tiada seru
Hanya mampu terdakap dengan mata
Hanya mampu dikucup dengan bahasa
Hanya tersentuh dengan rasa
Rasa yang akan terus mati dalam kembara.....
Santaplah Ku Dari Dalam
Buku Langit Vanilla
MAHU TAK MAHU
KITA TAKKAN DAPAT APA KITA MAHU
KITA AKAN DAPAT APA KITA TAK MAHU
KITA HARUS MAHU APA KITA TAK MAHU
HINGGA KITA TAK MAHU APA KITA MAHU
R
E
D
H
A
Tuesday, September 24, 2013
Cinta Yang Lain
Agar kau tahu perasaan ku yang lara
Sejuk dingin mencengkam jiwa
Laluannya membawa ku entah ke mana
Ku bawa bersama mawar yang kau suka
Tapi kembangnya tak seindah di musim bunga
Kan ku dakapmu agar kau selesa
Aku sudah lelah berkongsi malam dusta
Aku mahu bertangis, aku mahu cinta
Namun air mataku kini gersang kerana dia
Cinta yang lain
Airmatuku gersang kerana dia
Cinta yang lain
Airmatuku gersang kerana dia
Cinta yang lain
Airmatuku gersang kerana dia
Andai ada yang menyakitimu kan ku lawan
Namun tanganku patah sudah berzaman
Lalu ku jerit guruh suaraku, kasar dan kesat sebutan
Walau ku tahu aku akan dikalahkan
Kan ku dendangkan lagu..lagu untuk kita
Tapi ku nyanyikan untuk diluar rasa
Aku mahu bertangis, aku mahu cinta
Namun air mataku kini gersang kerana dia
Cinta yang lain
Airmatuku gersang kerana dia
Cinta yang lain
Airmatuku gersang kerana dia
Cinta yang lain
Airmatuku gersang kerana dia
Diinspirasikan oleh lagu dari Tom Odell bertajuk Another Love
Monday, September 23, 2013
Deria Cinta
Tidak perlu pandangan mata
Kerana hatinya celik bercahaya
Cinta bisu
Tak perlu berkata apa
Lirik senyum menjadi raja
Menambat diri tanpa kata
Cinta tuli
Tak peduli sekeliling jadi
Hanya berdua tenang sekali
Kata orang??? Di turutkan memang tak jadi
Cinta harum
Sungguh hangat bila dicium
Namun di dalamnya belum tentu kagum
Cinta sentuh
Membibitkan bisikan yang ketiga
Yang menghasut dan mencuba
Agar anak Adam kecundang lupa
Kenal Diri
Dataran mana kau berpijak?
Awan mana yang kau jejak?
Langit mana yang kau junjung?
Pepohon mana yang kau berlindung?
Airan mana yang kau selami?
Gunungan mana yang kau daki?
Lembah mana yang kau turuni?
Lautan mana kau renangi?
Lagu apa yang kau dendangi?
Tubuh siapa kau dakapi?
Bibir mana kau kucupi?
Sejuk tangan siapa yang genggam?
Mata berkaca siapa kau renung tajam?
Api cinta siapa yang kau enggan padam?
Pengorbanan siapa yang telah jadikan jadam?
Kenallah diri ini dulu.
Jangan siksa hatinya sebegitu
Layakkah dirimu itu
Walaupun kau tak penah layak untuknya......
Bicara Tentang Alam
Alamku telah terantai dek duniawi
Membuat ku takut akan mati
Walaupun datangnya ia adalah pasti
Kerana alamku masih terbelenggu lagi
Mari hancurkan pemberat yang membelenggu
Putuskan rantai yang mencatu
Bebaskan minda dari terus disapu
Oleh angin khayal yang meragu
Bicaralah dengan alam
Tuliskan setiap kalam
Agar aku mengerti tujuan kehidupan
Alam kita tak akan sama tak akan sepadan
Tanamkan benih benih kejujuran
Hanya cinta kasih dan sayang aku perlukan
Sunday, September 22, 2013
Perkara Yang Aku Benci
Tawa Ketawa
Hati ini tersenyum bingkis
Tergambar yang tak boleh aku tangkis
Imej tak tak mampu aku kikis
Tawa yang menampak gigimu yang sempurna baris
Melainkan dua di bawah yang terjarak manis
Tiap terhijab tawamu dengan telapak
Sopan agar kelakuan tak terlajak
Membuatku duduk tak berganjak
Memalingkan kepala ku????.....Oh tidak
Tiapnya ia adalah syair dan sajak
Tak ku hiraukan sekitar laksana sudah pekak
Tawa ketawamu mematikan kata
Agar aku ingat tak terus lupa
Ia berlegar di minda penuh suka
Pinjamkan aku seketika
Atau akan ku curi ia selama
Selama rasa ini terus membara......
Realiti Harus Pulang
Saturday, September 21, 2013
Bertemu bertamu
Habis udah gentar hari ini
Pusingan melingkar bertemu titik jati
Malu hati manis sekali
Bicara terkelu ku tuturkan lagi
Demi hati yang ingin didalami
Petemuan ini akhirnya bertamu
Seketika namun penuh laku
Menamatkan pernantian hati yang bergaru
Harap pertemuan bukannya satu
Namun permulaan untuk yang beribu
Hari ini akan ku semadi dalam lipatan
Agar terus malar dalam ingatan
Yang sama aku harapkan
Kupu-kupu sudah ada tempat singgahan
Perkara Yang Aku Suka
10 perkara yang aku suka
1. Bunyi Ombak
2. Bulan Mengambang
3. Lesung pipit
4. Kanak-Kanak petah bercakap
5. Jalan lengang
6. Suara serak
7. Kabus
8. Lagu Keronchong
9. Tarian Dan Musik Zapin
10. Senyum dengan mata
Berdebar Menanti Esok
Setelah hati bagai tergaru aja
Dua hati bakal bertemu mata
Setelah lama memendam rasa
Hati berdegup kencang menggila
Mungkinkah malu mungkinkah suka
Tak mungkin dapat ku kawal segala rahsia
Wujudnya dia tersangat istimewa
Mengisi ruang cantik dan bahagia
Segalanya rasa enak berkupu-kupu
Bermain di perut dan menjalar kehati ku
Membuat waras seperti terkaku
Ketika hati menjerit mahu
Kan ku lepaskan segala ragu
Agar mata ini dapat bertemu
Agar terjalin semua menjadi satu
Friday, September 20, 2013
Gadis Hati
Terukir senyuman penuh magis
Mindanya berbunga puitis
Namun hatinya tidak sekali gratis
Gadis ini amat besar hatinya
Menahan pedih sakit telinga
Bertubi teman mengadu bertanya
Kenapa dunia sedemikian laksana
Gadis Hati
Amat cantik peribadinya
Keluarga tuju yang paling utama
Menunjuk kasih kerana dia pertama
Walau hatinya dinilai hama
Gadis Hati
Meniup semangat menghargai keringat
Walau ada yang tak pernah ingat
Terus berdansa dengan ligat
Akhirnya hilang diantara lipat
Gadis Hati
Fikir di dalam kritis
Dirinya bukan hanya sebingkis
Segala yang buruk disaran kikis
Hidup ini bukannya sarkis
Hidup in untuk kita suksis
Thursday, September 19, 2013
Dua Hati Di Dalam Kaca
Melusuri kisah dua hati
Sama padan sama menjadi
Namun inap di kaca berbeza paksi
Walau wujud serba lengkapi
Kaca berpaksi tulisan asli
Hanya terlihat namun tak di dekati
Walau wujud sama dipunyai
Inilah kisah jalan ciptaan Ilahi
Saling berpandang si dua hati
Rasa gembira memenuhi segenap inci
Namun bersatu jauh sekali
Inap kaca ini harus dipatuhi
Itulah dia takdir Ilahi
Dua hati takkan sekali
Tiapnya beza dipunyai
Namun wujud untuk saling lengkapi
Kerna itu semuka tak pernah tak terjadi
Rancangan Yang Esa....harus patuhi
Mendakap Cintamu
Semalam.....
Aku mendakap tubuhmu yang sejuk kaku.
Menghempas segala ego melaku
Kau hanya diam tanpa laku
Menyesak segala rongga nafasku
Dimana aku harus mencari cintamu?
Yang kian hari kian layu
Lalu........
Aku minta pada Yg Esa
Agar dikembalikan hatinya
Kepada diriku yang tak pernah putus cinta
Moga pada satu ketika
Kembali hati ini terima
Pagi ini..........
Kau datang mendakap tubuhku yang merana
Tak terdengar pun ayat ayat duka
Hanya dua jasad melekat bersama
Menitis air mata kita
Inilah kebahagian bersama
Untuk kita.........selamanya
Wednesday, September 18, 2013
Renungan Abadi
Masih merenung siling dalam gelap
Terasa kosong umpama hati yaang malap
Cinta datangnya perlahan namun perginya cepat
Kadang-kadang tak mampu ku rentap
Ragu kerana matanya belum penah ku tatap
Jendela untuk ku tafsir hatinya yang teguh mantap
Akhirnya terlutut meratap
Kerana keraguan sudah terhinggap
Aku yang bersalah
Bermula dengan lelah
Tak mungkin berakhir dengan gagah
Dia tak akan selamanya denganku
Melainkan takdirnya adalah aku
Berilah peluang untuk merenung matanya
Agar ku faham segenap isinya itu
Andai wujudnya aku hanyalah kekaburan semata
Renunganku dapat membaca.
Tuesday, September 17, 2013
Lunaticaly Romantic
Heart keep on pumping in panic
Reaction are less then super sonic
Your love are talismanic
It's hard for me to mimic
No...no.....its not just a gimic
It's seems so minimal...so basic
I'm a hopeless romantic
With a mind of geniusly lunatic
I'm talking in sarcastic
Heart sunk as the great Titanic
While your love up in the cosmic
Make me felt like a comic
Life is not a picnic
Too much stufff cause a manic
Too little it will be such a catastrophic
Throw away life of a melancholic
Life and love are full of melodic
Best Song Ever Made
Look at the stars
Look how they shine for you
And everything you do
Yeah, they were all yellow
I came along
I wrote a song for you
And all the things you do
And it was called 'Yellow'
So then I took my time
Oh what a thing to've done
And it was all yellow
Your skin, oh yeah, your skin and bones
Turn into something beautiful
D'you know? You know I love you so
You know I love you so
I swam across
I jumped across for you
Oh what a thing to do
'Cause you were all yellow
I drew a line
I drew a line for you
Oh what a thing to do
And it was all yellow
Your skin, oh yeah, your skin and bones
Turn into something beautiful
D'you know? For you I bleed myself dry
For you I bleed myself dry
It's true
Look how they shine for you
Look how they shine for you
Look how they shine for
Look how they shine for you
Look how they shine for you
Look how they shine
Look at the stars
Look how they shine for you
And all the things you do
Carian Purnama
Sang purnama masih tak henti mencari
Kemana menghilang sang puteri
Adakah dia akan kembali?
Atau terus mendiam mati
Segalanya masih terasa tidak pasti
Umpama berada dalam lamunan yang tak henti-henti
Hanya sang puteri bisa mengubat hati
Yang kini tercarik terlumat lagi
Wahai sang puteri
Segeralah kembali
Purnama kini kehilangan seri
Tak terdaya dia untuk berkata lagi
Walau dipaksa terdiam ia kini
Penuh sabar dalam menanti
Moga ditemukan semua sang puteri
Yang amat dikasihi dan dirindui
Wahai purnama
Hentikan segala harapan
Sang puteri kini tinggal kenangan
Yang mencengkam hati meragut perasaan
Tempatankan ia dalam sisipan ingatan
Agar dia terus segar malar dalam simpanan
Pujuklah Hati Ini
Sudah tiba masa untuk kan pujuk hati ini
Yang dahaga kasih saya setiap inci
Belailah tangan ku dan kucuplah dahi
Kerna ian menyejuk dimakan hari
Adakalh kau telah lupa segala janji
Kau mahu menginap selama di hati
Duduk bersemayam sebagai permysuri
Menceriakan setaiap lara begini
Menyembuh segala racun duniawi
Namun kini aku terdampar disakiti
Kau hanya duduk diam tak mengerti
Wahai sayang
Aku sedar aku kini separuh dari bayang
Ku cuba mengatasi setiap halang
Walau ia menjemput segala sakit bertandang
Lihatlah aku...walau dengan separuh pandang
Telah ku berikan apa yang aku mahukan
Telah aku korbankan segala amalan
Berharap satu hari nanti kau akan disedarkan
Yang aku takkan selamanya diperlukan
Monday, September 16, 2013
Dari Jauh
Untuk melihat nikmat yang tertabur
Dari jauh sudah tertegur
Semua ini pasti akan lebur
Dari jauh aku memuja tiap sisi
Yang telah menumpahkan segala inspirasi
Tak mudah untuk alami
Tak sukar untuk ulangi
Tiap perkara berbau kasturi
Walau dalaman bergelumang dengan tahi
Tak semua mengetahui
Telah ia menjalar dalam nadi
Menjadi candu yang telah tertagih
Mencuba tiap semangat yang gigih
Izinkan aku untuk memecah masuk
Takkan aku paksa takkan aku ketuk
Andai diberi peluang untuk seketika menjenguk
Aliran yang keruh ini takkan ku menangguk
Dari jauh aku duduk meratap
Kerana sakit ini makin mengertap
Kata sudah makin tidak beradap
Hatiku sering diserang hendap
Dikelar berkali roh disentap
Dari jauh..aku mahu menyayangi dan disayayangi
Dalam Waktu
Agar hati in tak di ambil seperti sarap
Hatimu umpama telah tertiarap
Padanglah aku....pandanglah dengan kerap
Bukan dengan mata tapi dengan hati
Aku terus terasa disakiti
Aku terus dilayan macam b**i
Walau lisan kau tak pernah mengakui
Tapi dengan mudah aku ketahui
Kenapa aku yang perlu mulai?
Atau kau mahu akhiri?
Memadam apa yang telah kita lalui
Kau kini umpama cermin yang tak kutahui
Membias segala kritikan
Memantul segala teguran
Aku ini syurga akhiran
Kau hanya neraka habisan
Lihat tepat jelas mataku
Selamilah hatinku yang kian kaku
Kaku untuk terus mencintaimu
Siapa aku dimatamu?
Pernah kau fikir seperti itu
Aku hanya manusia yang hidup penuh malu
Dalam dunia yang serba perlu
Aku damba ayat-ayat cintamu
Yang hanya kau ucap waktu kita bersatu
Tidak pda waktu kita terpisah laju
Jarak antara kita semakin berjauh
Retak kini sudah tidah tersapuh
Kita berjalan di titian rapuh
Menunggu masa untuk jatuh
Aku hanya akan mengunci mulut
Aku tahu ianya tidak patut
Sudah lama aku melutut
Kini masa untuk aku berdiri
Tapi jangan gusar...aku takkan lari
Dalam waktu.....aku tetap sendiri
Sunday, September 15, 2013
Hanya Selepas......
Hanya selepas cuaca mendung kau perlukan mentari
Hanya selepas kemarau kau mahukan hujan lebat
Hanya selepas kekalahan kau mahu kongsikan kemenangan
Hanya selepas kemurungan kau hargai kegembiraan
Hanya selepas kau bertemu musibah kau bernasuha
Hanya selepas sakit barulah kau menginsafi kesihatan
Hanya selepas kau kehilangan barulah kau merasa kerinduan....
Saturday, September 14, 2013
Sabarlah Wahai Hati
Wujudnya hanya untuk disakiti
Tidakkah dia sedar aku ini
Kenapa dia masih salah mencintai?
Biarkan aku tolak ke tepi
Sabarlah wahai hati
Ku tahu kini pedih sekali
Dibiarkan tak peduli
Kata kata dibelakang tajam bawa mati
Mengkelar segala ada nadi
Menbiarkan tubuh meraung tak henti
Sabarlah wahai hati
Kemenangan akan pasti
Mulut biar terus dikunci
Biar jerit tak siapa dengari
Bukan ada siapa yang peduli
Kena tunggu selepas mati
Baru jasad busuk ini ditangisi
Sabarlah wahai hati
Tak lama......aku janji
Sekejap sahaja lagi............................................................
Lelayang.....
Tali ini sudah terputus
Lelayang ini tak terkawal terus
Apa akan jadi...apa yang harus
Bakal terjunam tak terurus
Pada angin dia pinta simpati
Agar bertiup tanpa henti
Puuh! puuh! lagi dan lagi
Dia tidak mahu mati
Rotannya baru lagi
Tuan kecilnya tak puas main nanti
Angin petang bertiup tenang
Terdampar ia di tepian padang
Menunggu tuan kecilnya datang
Namun terpijak dek nasib malang
Tamat sudah si lelayang....
Friday, September 13, 2013
Kala Terbitnya Mentari
Mentari jingga sudah melihatkan ubunnya
Berpelesaran umat pelbagai tujunya
Petani tekun membajak budi pada tanahnya
Sang nelayan sudah lama melabuh sauhnya
Tikus-tikus bertali leher masih memburu belacannya
Mentari membawa harapan baru
Bermula segar yang semalamnya haru
Pancaranya mehangatkan sendi sekutu
Mencairkan minda yang semalamnya beku
Itu lah dunia
Umpama menekan butang tetapan semula
Rasa salah kadang kala betul rasanya
Hidup perlu kekadang gila
Datang terbit mentari......buat semula
Ternoktah
Telah dapat ku lihat sebelum ia bermula
Ia akan ternoktah sebegini rupa
Semua rasa ini akàn terus kekal berkala
Umpama bayangan cermin muka
Yang aku lihat aku tapi sebenarnya dia
Adakah dia kuda sakti bertanduk satu
Wujudnya tunggal ditiap hati perlaku
Meninggalkan rasa enak berkupu-kupu
Menyapa pipi angin sesejuk salju
Perjanan ini telah ku mulakan dengan kiri
Biarlah ia berakhir dengan baik sekali
Walau kau mahu dia terus mendiami
Harapan itu ternoktah kini...
Thursday, September 12, 2013
Aku Mahu Bertanya
Aku mahu bertanya
Siapakah aku di matamu
Balaci yang membuat kerja kotormu?
Supir yang bawa kau kemana kau mahu?
Babu yang asyik mengitar kerja rumahmu?
Keras sungguh hatimu
Berat sekali mulutmu
Aku sudah tak daya lontarkan kata
Aku sudah letih aku mahu diam sahaja
Kau sudah tak seperti dulu
Aku jalan ke syurga untuk mu
Kau jalan ke neraka untukku
Aku tak akan redha
Hari Hari Terakhir Seorang Pencoret
Terbit hangat kuning sang mentari
Bangkit seorang pencoret sepi
Terus mencari mutlak menyuci diri
Fikirannya melayang mencari inspirasi
Yang Termakin pudar di makan hari
Adakah ini hari untuk mengakhiri
Atau sudah masa kau berlalu pergi
Dirimu pencoret sepi
Yang kini hanya meghitung hari
Lesu benar terasa nadi
Sakit menggila seluruh sendi
Semua ini akan tiada lagi
Hanya menunggu nafas terhenti
Bilakah jantung ini akan mati?
Tiada harga selagi tidak pergi
Kerana kamu tiada apa disisi.
Dan Jantung ini akhirnya henti.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Wednesday, September 11, 2013
Berkejaran
Bintang-bintang berselerak Di permaidani malam
Indah bersinar mengubat suram
Seorang tua tak henti berkalam
Menotakan lakon layar terdendam
Sang pemeran utama masih leka mimpi
Terbuai nafsi duniawi
Nikmatnya seketika sakitnya umpama tertusuk lawi
Entah bila dia akan kembali
Terus hilang dimakqn bumi
Berkejaran sang balaci dunia
Walau sakit biarkan sahaja
Agar dapatlah sesuap dua
Mengisi perut mengubat duka
Dunia ini kini jadi sebegini
Semua berkejaran tanpa misi
Ada yang kaya mendapat puteri
Ada yang tertumpas nafsi
Ada yang hanya puas sepinggan nasi
Ada yang haloba tak berhenti
Itulah dunia ini kini
Tuesday, September 10, 2013
Sinar Malam Kuala Lumpur
Berdiri merenung sepanjang jalan kasturi
Sinar cahaya silau sekali
Ramai umat masih ke sana dan ke mari
Merenung nasib di kemudian hari
Entahkan hidup entahkan mati
Kuala Lumpur....engkaulah pembunuh segala mimpi
Lemak penyumbat denyut nadi
Yang jahil diumpama nabi
Yang jahat bersilang kaki
Mana arah mu.....tersesat nanti.
Kupu-kupu di lorong hitam
Mentetas penjahit idam
Tabib-tabib di dalam kelam harum
Mencari syurga di hujung jarum
Tikus-tikus lari bertali leher
Memburu bau belacan yang tak lahir
Kuala Lumpur....isi mu sesakkan aku
Yang makin hari makin keliru
Minda terencat semakin haru
Kemana lagi arah tertuju
Melainkan kebinasaan yang kian laju
Kuala Lumpur terus terperkosa semahu
Angkara anak Adam yang tak bermalu
Kemam
Oh Cintaku
Hingga kini kau masih membisu
Membiarkan aku terus termanggu
Kasihanilah aku
Gelora ini memusnahkan tebing-tebing warasku
Apa lagi yang kau mahu?
Banyakkah lagi yang kau nak tahu?
Aku cintaimu semahu
Ku pikul duniamu dibahu
Ku henjak hidup duniaku
Ku jalani arus berbatu
Ku turuni jurang berliku
Terimalah segala hitamku
Terimalah tanpa ragu
Sambutlah jabat tanganku
Sambutlah dalam perlu
Cintailah segala kurangku
Agar kau lebih nikmati lebihku
Ku tak pinta lama melaku
Sebelum jasad sejuk kaku
Hanya kau yang aku perlu
Rasa ini tak bisa terluah
Tak bisa juga aku telan
Ku kemam sahaja menunggu waktu
Wanita Di Rumah Besar
Enam orang puteranya
Dikandung penuh setia
Di tambah seorang puteri laksana
Hatinya tabah pendamkan luka
Wanita Itu
Suaminya orang berada
Namun dirundung ujian yang Esa
Kini umpama sayur semata
walau hatinya umpama laksamana
Wanita Itu
Ayahnya sudah lama tiada
Ibunya bermulut amat terbisa
Mencaci sudah santapan biasa
Kerana hukum diturutkan sahaja
Wanita Itu
Hanya berteman puteri laksana
Kerana puteranya belayar sahaja
Menanti pulang sekali sekala
Mengubat rindu berlingkar dijiwa
Wanita Itu
Diamnya di rumah besar
Namun sunyinya masih terdasar
Bergelut cacian angkara si kasar
Yang berkongsi puting dalam membesar
Wanita Itu
Bilakah masanya menutup mata
Berteman puteri laksana
Puteranya ada dalam tiada
Inilah ujian yang m\Maha Kuasa
Monday, September 9, 2013
Gadis Hari Jadi
Mengenap tahun yang sekalian
Seorang gadis meniup nian
Di hatinya berbunga bayan
Menanti dipenuhi segala impian
Gadis dihari jadinya
Menanti ucapan handainya
Namun ucapan yang paling dipuja
Masih samar tak kunjung tiba
Gadis dihari jadinyaa
Berikanlah dia segala
Agar dia mampu menggamit bahagia
Dari daratan yang bertanda tanya
Gadis dihari jadinya
Tak mengharap persembahan syurga
Bersyukur dengan apa yang ada
Walau didamba seperca suasana
Kalau Aku Mencinta
Teliti menjadi cuai
Senang menjadi payah
Mudah menjadi rumit
Lurus menjadi kusut
Tidur menjadi jaga
Lapar menjadi kenyang
Berjalan menjadi terbang
Tabah menjadi rajuk
Muram menjadi senyum
Fikir menjadi khayal
Berani menjadi takut
Takut menjadi berani
Ini semua kerana aku cinta.....
Berani
Walau Segenapnya sakit dicakar kuku
Di atur tiap langkah laku
Tapi ternya undur bila tubuh seakan kaku
Berani hadapi kenyataan
Menepis segala suara syaitan
Aku dan kau tiada perbezaan
Yang ada cuma tititk persamaan
Berani melihat diri sendiri
Jangan naif perbaiki kendiri
Dunia masih penuh ranjau dan duri
Untuk kau bertongkat bantu berdiri
Berani untuk berkata benar
Walau kau sering palsu dalam sedar
Bangkit hati dari berpijar
Walaupun pahit,,ia tetaplaj segala penawar
Sunday, September 8, 2013
Langkah Yang Terhenti
Menunggu Langka Yang Satu
Kaki Ini Bagai Terpaku
Tak Terduga Ini Berlaku
Ku Tak Salahkan Dirimu Wahai Yang Ayu
Hanya Aku Masih Tidak Tahu
Kau Ku umpamakan Seperti Puteri Indah Kayangan
Dan Aku Hanya Pengemis Bawahan
Melukut Diri Ini Sudah Jadi Sebahan
Yabg Hanya mampu berkata Yg Indah-Indahan
Aku Tidak Termampu Membuat Mu Menuggu
Hanya Berharap Semua Ini Berlaku
Ku Beri Takdir Ditangan mu
Namun Tak Ku Sedar Ia Masih Di tanganKu
Kuatkanlah Hati Ini
Bukan Hari Ini Tetapi Selama Nanti
Menunggu Saat Yang Akan Ku sedari
Untuk Mata Bertemu Hati
Ghaib
Memadam masa silam yang penuh aib
Meninggalkan kehidupan yang sedia pahit
Merawat hati luka untuk dijahit
Alangkah mudah jika aku bisa hilang
Hilang sehingga lupa jalan pulang
Tak perlu laksana tanggungjawab berulang
Tak terjengah hati untuk terluang
Tak terpadam tak terhapus
Segala ini tidak bisa ku timpus
Walau seumur hidup aku mengambus
Sebab aku ini hanya tahu menikus
Sepurnama
YgKini genab sepurnama aku mengenalinya. Namun aku masih tak dapat menduga hatinya. Bohong kalau aku katakan yang aku tak menaruh hati padanya. Masakan tidak. Siapa boleh menyangkal. Dia bijak, terpelajar, baik hati, pandai membawa diri, comel, manja. Hati mana yang tidak terpikat.
Dari segi minat banyaj juga persamaan lebih-lebih lagi puisi dan lagu. Bagi pertama kali dalam hidup aku, aku merasakan aku menulis Dan ada khalayak yang membaca. Ini amat penting bagi seorang penulis. Dia juga telah menyalakan semula api semangatku untuk menulis semula. Dalam masa sebulan ini dia telah membustkan aku untuk menjadi lebih baik. Dan aku merasakan aku di puncak persada hidup.
Namun seperti biasa sudah perangai aku mudah akur pada perasaan aku. Aku mula jatuh hati padanya. Tetapi tiada sebab pun dia harus punyai rasa yang sama terhadap aku. Pada mulanya seperti dia ada menyimpan perasaan yang sama tapi kini nyata makin pudar. Benar atau aku yang ikut perasaan.
Ada orang mengatakan bahawa tiap kita mempunyai teman se-roh (soulmate). Dan kita harus mencari orang itu untuk dijadikan temqn hidup. Bagiku ini pendekatan yang kurang tepat. Aku rasa siapa sahaja boleh jadi teman se-roh. Ibu bapa, adik beradik, sepupu, kawan baik dqn seterusnya. Allah maha adil. Dia tak akan hanya mencipta seorang sahaja yang boleh membahagiakan kita. Kalau jodoh lain itu hal yang lain.
Berbalik pada dia. Aku berharap rasa yang aku ada terhadap dia bukanlah sekadar jalan sehala. Tapi kalau itu ketentuanNya, aku redha. Aku hanya mampu meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Biarkan dia menilainya. Walaupun apa keputusannya, aku sudah pemenang di sini. Terima kasih aku ucapkan pada dia. Kau telah mengubah persepsi ku pada hidup. Tidak pernah aku jumpa wanita sehebat dirimu...
Saturday, September 7, 2013
Dari Jendela Ini
Malam sunyi tanpa kerdipan bintang
Hujan baru sahaja surai dengan tenang
Angin menghembus menyapa pipi usang
Merenung aku keluar jendela sunyi dan tenang
Malam terus berlalu, hitam pekat tanpa purnama
Kedengaran bunyi ungas dari kejauhan sana
Menambah mistikal si malam gelita
Aku masih di sini merenung penuh alpa
Malam....kenapa kau perlu berakhir bila sang suria tiba?
Isimu penuh untuk ku teroka
Sejukmu penuh cerita untukku teka
Kan ku nanti mu wahai malam gelita
Kerana kau tidak akan merupa.....
Siapa Aku Dihatimu
Siapakah aku di hatimu
Yang sering tuturkan madah berlagu
Siapakah aku di hatimu
Yang hatinya telah kau paku terlalu
Siapakah aku di hatimu
Yang tak pernah jemu memuja keayuanmu
Siapakah aku di hatimu
Yang matanya belum pernah kau tatap dahulu
Siapakah aku di hatimu
Yang bicaranya hanya bingkas dari kejauhanmu
Siapakah aku di hatimu
Yang nemperjudikan perasaanya untuk secebis rasa cintamu
Genggamlah Hatiku
Wahai kamu
Bukankah ku telah letak hati ini digenggam mu?
Yang kuanyam cantik bersama takdirku.
Hanya ku nanti katamu bersetuju
Untuk hati ini mengisi sudut kosong hatimu
Wahai kamu
Penantian ini begitu menyeksa
Namun kan ku tunggu beribu tahun menduga
Tak akan ku mencintaimu melewa
Hanya terbaik dari diriku kan ku pelawa
Wahai kamu
Hentikan segala menduga
Hati ini hanya untukmu sahaja
Jangan biar ia digenggam sebegitu lama
Ia bisa mati dalam tanda tanya
Ia perlu hatimu untuk terus bernyawa
Kepastian
Meniti hari walaupun ku tidak pasti
Yang kutahu hanyalah dirimu yang kucari
Kusangkakan kau dihujung sana menantikanku
Namun hanya jasad kita yang semakin hampir
Bukan hati kecil kita
Mungkinku tersalah tafsir segalanya
Mungkin kau yang telah berubah hati
Aku tidak mampu menggenggam hatimu
Meskipun itu yang kumahu.
Rindu....
Wahai kamu
Jikalau kau merasai kerinduan yang aku rasa ini, harap kau khabarkan pada angin lalu. Nescaya ia akan sampaikan padaku...
Wahai angin lalu
Jikalau kau terima sampaian rindu dari si dia, jangan bertangguh. Segera sampaikan tepat di hatiku
Wahai hati
Jikalau kau terima sampaian rindu ini, terus sematkan ia. Susun rapi segala ayat dan baris. Agar ia menjadi uforia mendetik jantungku
Friday, September 6, 2013
Layar Perak
Carta 10 Filem Tempatan
1. Sayang Salmah
2, Matinya Seorang Patriot
3. Baik Punya Cilok
4. Cinta
5. Bujang Lapok
6. Magika
7. Sepet
8. Muhsin
9. Kala Malam Bulan Mengambang
10.Berlari Ke Langit
Cinta....Benci
Hidup Bersamaku
Rambutmu menyentuh kulitku
Kala malam bila kita bersama
Kan ku selimuti dirimu
Takkala angin dingin menyapu jejari kakimu
Membuatkan mu lena semula dibuai mimpi
Ku impi kita tua bersama
Berkongsi pahit manis kehidupan
Menerbitkan segala kebaikan
Aku dan kamu
Walau tika kulit sudah mula menurut
Tubuh kita sudah mula surut
Tetapi kita tetap hati yang sama
Yang mabuk cinta berdua
Kita tetap menyanyikan lagu kita
Tika rambut sudah tidak lagi hitam
Bersama zuriat yang turut mendendang
Mendendang meraikan kita
Kau lah satu-satunya
Yang mebuatku sakit yang membuatku kuat
Membuatku rasa apa yang benar
Buatku benar-benar hidup
Ku impi kita tua bersama
Berkongsi pahit manis kehidupan
Menerbitkan segala kebaikan
Aku dan kamu
Diinspirasi dari lagu Grow Old With Me dendangan Tom Odell
Thursday, September 5, 2013
Kalis
Kerana cengkerang ku kalis semua
Walau tertusuk besi segala waja
Tidak apa biarkan sahaja
Tidak akan ia tembus untuk menyakitiku
Walau aku hanya menyeringai kaku
Menanti serangan yang maikn bertalu
Tak akan aku mengundur, akan ku membatu
Kulit ku kalis sakit
Paras ku kalis calar
Tubuh ku kalis besi
Namun tidak HATIKU
Aku Suka Kamu
Kau cantik kau sangat manis
Menyegarkan aku di masa tragis
Kau manja kau ceria
Umpama sang suria memancar dijendela
Hatimu tulus akalmu mulus
Membuatku gagal berfikiran terus
Kau buat aku kenali aku
Kau terbitkan yang terbaik dari ku
Kau sinari sisi gelapku
Kau airkan kontang mindaku
Oleh itu aku suka kamu
Peteri tamanku.......
Detik Waktu
Mata Hati
Dejavu??????
Cinta itu hanya cantik kerana adanya mata
Namun cantik itu bisa luntur dan mata itu bisa kabur
Cinta itu berharga kerana adanya materi
Namum harga itu bisa lupus dan materi terus lebur
Cinta itu harum kerana adanya rasa
Namun harum itu bisa pudar dan rasa itu bisa tiada
Cinta itu tinggi kerna adanya darjatNamum tinggi itu bisa rebah dan darjat itu bisa lelah
Cinta itu suci kerana adanya sejati
Suci itu akan ke mati dan sejati itu tetap di hati
Mengapa terdarjat sucinya cinta
Ada kalanya darjat itu juga bisa mencinta
Zaman berlalu ianya tetap ada
Walau sekecil hama..walau seluas semasta
Selagi emosi melingkari insani
Selagi sangsi terus menyelimuti
Selagi hati tidak pernah menyuci
Hipokrasi menjadi bumbu yang mesti
Merencah hidup umat2 nabi
Selamanyalah kita akan terus ….DARJATKAN CINTA
Nota ini aku tulis pada November 24 2005. Di tulis pada masa-masa sakit. Di waktu aku remuk redam yang telah mencorakkan 8 tahun ke hadapan. Sejak itu sepi, sendiri, seorang sudah menjadi resmi aku. Di saat aku begitu naif dan cuai bila mencinta. Hari in aku sedar, aku masih tidak berubah. Tapi kadang kala aku terfikir, aku yang gagal berubah atau dunia sekelilingku yang tidak mampu berubah.
Wednesday, September 4, 2013
Dunia Mesti Adil??
Betul?
Dunia mana yang kau katakan ini?
Tidak sama dengan dunia aku kan?
Kalau sama, di mana persamaannya?
Kau yang tidak sedar atau aku yang buta?
Kan dunia kita tidak sama?
Kalau adil bagi mu masakan adil di dunia ku?
Kalau semuanya pada kamu, bila pula ia akan padaku?
Kau tanya sama hatimu.......
Dunia Dengan Runut Bunyi
Selepas menjamah karipap IKEA yang begitu mengenyangkan. Aku terus berjalan setiap inci IPC. Jurujual pun tidak mendekati aku. Memang tenang. Sampai tingkat atas aku tiba ke syurgaku yang sudah lama tidak aku kunjungi. Kedai buku, gedung ilmu, toko membaca.. Aku mula menyelongkar tiap rak mencari apa yang menarik minatku. Penuh sabar aku meneliti tiap satu persatu. Dan akhirnya aku terjumpa juga dengan harta karunku. Misi merayau tanpa tuju berjaya. Aku sedar dua perkara. Membaca jabatan ilmu dan dunia tanpa komplikasi akan lebih indah. Jangan terbeban dengan benda-benda remeh. Bingkaikan semula pandangan supaya lebih positif. Ayuuhhh!!!
Meniti Jalan Lama
Kenapa agaknya hati ini terpanggil untuk aku lakukan satu perkara yang sudah lama aku tidak lakukan. Fotografi jalanan? Bukan....lepak kedai buku berjam2. Aku tau ia seolah2 mencuri tetapi kan lebih baik kita faham isi buku itu dahulu dan selepas itu baru kita dapat menghargai seni kulitnya. Ermmm rasa seperti mahu ke kedai buku hari ini. Ya....keputusan sudah ku putus. Ayuh petang ini mesti jadi. Moga2 takdirku menanti di sana.....
Hanya Satu Lagi Pagi
Pagi ini tiada yang beza
Diri masih sunyi hati masih sendiri
Walau terumpun dalam keramaian mereka
Aku tetap terkurung dihati
Hanya mampu menjerit namamu tanpa suara
Tiap khabar darimu ku nanti
Walau gemerlapannya kini makin pudar ku rasa
Pagi ini terus disapa sang mentari
Melimpah sinar untuk umat serata
Namun tiada beza untuk diri ini
Kerana rasa ini telah gelap gelita
Dibutakan rasa cinta yang tak akan berhenti.....
FAST....MUY RAPIDO
If you think that lightning is fast.....wait till you hear my heartbeat when I'm felt near to you.....
Tanah Airku Tanah Airmu Jua. & Tanahair
TANAHAIR
(MENJELANG KEMERDEKAAN)
Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani
Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai
Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati
Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan
Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan
Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.
Tongkat Warrant
1956
Tuesday, September 3, 2013
Tak Terdaya
Tak Terdaya ucapkan rindu
Walau aku amat merinduimu
Tak Terdaya bisikkan cinta
Walau aku amat mencintaimu
Tak daya merenung matamu
Walau aku mahu menjengah hatimu
Tak terdaya aku menatap senyummu
Walau kian malam ia menghantuiku
Tak terdaya ku memuja lunak suaramu
Walau ia adalah penawar laraku
Tak terdaya ku memilikimu
Walau ku kini berdiri di jalan takdirmu.......aku tak terdaya......aku tak terdaya
Kasih......
Pengikat dua jiwa
Penyatu dua hati
Penyebab untuk bersebab
Tanggungan untuk bertanggungjawab
Kehormatan untuk dipelihara
Senyuman berbalas
Bukan untuk bermalas
Diteduhkan walau berpanas
Disirami waktu kehausan
Didendang waktu kesepian
Dipukul sebagai ajaran
Cintamu harus disambut
Walau terpaksa direbut
Terdengar sapaan lembut
Kasih......selamanya akan ku sahut
Monday, September 2, 2013
Ku Letak Takdir Ini Di Tanganmu
Takdir Ini Bukan Lagi Ditangan ku
Telah Ku letakkan ia di gengam tanganmu
Boleh kau simpan dikocek hatimu
Atau Kau Buang Dari kejauhan mu
Wahai Kamu
Bukan ku melawan ketentuan Ilahi
Tetapi bukankah kita harus berusaha sendiri?
Menentukan arah jalan dilalui
Arah mana api jahanam dan tuju mana taman firdausi
Wahai Kamu
Sunguh bacul aku memperlaku
Melatakkan ia semua di genggammu
Bersama ia aku serta seluruh jiwa dan raga tanpa ragu
Untuk kau nilai pasir berharga atau permata palsu
Wahai Kamu
Timbanglah seadilnya
Rasakan segala rasa
Aku di sini hanya kaku mendamba
Sekeping hati yang aku tak terduga
Cerita Mensuamkan Hati
Kisah berlaku disebuah klinik swasta ketika aku menunggu ubat. Sepasang pasanagan Cina yang berusia lanjut masuk ke dalam klinik. Lelaki itu hanya mampu duduk di atas kerusi roda manakala yang wanita menolaknya. Aku menawarkan untuk menolak tetapi ditolak mereka.
Aku bertanya kepada makcik itu. "Pakcik apa sakit".
"Tak boleh nafas" Jawab makcik itu ringkas.
"Anak-anak takde?" tanyaku lagi
"Dia anak talak." balasnya sambil mulutnya dijuihkan kepada lelaki yang masih diam Drdi atas kerusi roda itu.
Aku bingung.....Mereka ini bukan suami isteri ke? Tiba-tiba namaku dipanggil untuk mengambil ubat Dan serentak mereka masuk ke bilik rawatan asma.
"Siapa mereka tu kak? Suami isteri ke?" tanya ku pada jururawat yang memberi aku ubat.
"Oh diorang tu bukan suami isteri. Bercinta masa muda tapi yang makcik tu kawin dengan pilihan keluarga.Suami dia meninggal 10 tahun lepas. Yang pakcik tu tak pernah kahwin. Sekarang ini makcik tu akan naik bas dari PJ untuk jaga pakcik tu." Jelas jururawat itu panjang lebar.
Aku terdiam dan terus berlalu. Aku tunggu Di dalam kereta sambil fikiranku melayang. Sampai begitu sekali makcik tu sanggup berkorban untuk bekas kekasihnya.
Setelah 30 minit di dalam kereta, aku dapat lihat pasangan itu keluar dari klinik. Mereka nampak begitu mesra walaupun tak berbicara. Sesekali pakcik itu akan menepuk lembut tangan makcik itu dan makcik itu akan meletakkan telinganya ke mulut pakcik. Mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakan.Mereka terus berlalu sehingga hilang dari pandangan Mata. Membuatkan ku terfikir....mampukah aku sebegitu.
Pinjamkanku wajahmu
Pada waktu inspirasi ku mahu
Hanya wajahmu yang ku perlu
Walaupun ku tahu ia bukan milikku
Izinkan aku meminjamnya seketika waktu
Wajah mu kan ku ingat selalu
Ringkas, cantik, jelita Dan ayu
Berlesung pipit memikat kalbu
Terpapar senyummu seolah untukku
Senyuman yqng terpancar sinar matamu
Izinkan aku meminjam wajahmu
Tak lama hanya sedetik waktu
Agar aku dapat memulih semangat yang satu
Untuk mencintaimu dibalik situ
Sunday, September 1, 2013
Jalan-Jalan
Membuatkan hati merasa gundah
Mimpi ini belum sudah
Kerana madah ini belum terendah
Menuju jalan-jalan berliku
Siapkan diri tetapkan laku
Jangan berdiam termati kaku
Perlu suarakan apa yang terbuku
Menuju jalan-jalan impian
Hati berbunga penuh harapan
Walau terenyuk tanpa kesian
Tertunggu di muka harian
Funny Bones
1.George Carlin
2.Maz Jobrani
3.Russell Peter
4.Kavin Jay
5.Aries Spears
6.Douglas Lim
7.Ahmed Ahmed
8.Chris Rock
9.Kumar
10.Jeff Dunham