Monday, September 2, 2013

Cerita Mensuamkan Hati

Kisah berlaku disebuah klinik swasta ketika aku menunggu ubat. Sepasang pasanagan Cina yang berusia lanjut masuk ke dalam klinik. Lelaki itu hanya mampu duduk di atas kerusi roda manakala yang wanita menolaknya. Aku  menawarkan untuk menolak tetapi ditolak mereka.
Aku bertanya kepada makcik itu. "Pakcik apa sakit".
"Tak boleh nafas" Jawab makcik itu ringkas.
"Anak-anak takde?" tanyaku lagi
"Dia anak talak." balasnya sambil mulutnya dijuihkan kepada lelaki yang masih diam Drdi atas kerusi roda itu.
Aku bingung.....Mereka ini bukan suami isteri ke? Tiba-tiba namaku dipanggil untuk mengambil ubat Dan serentak mereka masuk ke bilik rawatan asma.
"Siapa mereka tu kak? Suami isteri ke?" tanya ku pada jururawat yang memberi aku ubat.
"Oh diorang tu bukan suami isteri. Bercinta masa muda tapi yang makcik tu kawin dengan pilihan keluarga.Suami dia meninggal 10 tahun lepas. Yang pakcik tu tak pernah kahwin. Sekarang ini makcik tu akan naik bas dari PJ untuk jaga pakcik tu." Jelas jururawat itu panjang lebar.
Aku terdiam dan terus berlalu. Aku tunggu Di dalam kereta sambil fikiranku melayang. Sampai begitu sekali makcik tu sanggup berkorban untuk bekas kekasihnya.
Setelah 30 minit di dalam kereta, aku dapat lihat pasangan itu keluar dari klinik. Mereka nampak begitu mesra walaupun tak berbicara. Sesekali pakcik itu akan menepuk lembut tangan makcik itu dan makcik itu akan meletakkan telinganya ke mulut pakcik.  Mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakan.Mereka terus berlalu sehingga hilang dari pandangan Mata. Membuatkan ku terfikir....mampukah aku sebegitu.