Saturday, September 7, 2013

Dari Jendela Ini

Malam sunyi tanpa kerdipan bintang
Hujan baru sahaja surai dengan tenang
Angin menghembus menyapa pipi usang
Merenung aku keluar jendela sunyi dan tenang

Malam terus berlalu, hitam pekat tanpa purnama
Kedengaran bunyi ungas dari kejauhan sana
Menambah mistikal si malam gelita
Aku masih di sini merenung penuh alpa

Malam....kenapa kau perlu berakhir bila sang suria tiba?
Isimu penuh untuk ku teroka
Sejukmu penuh cerita untukku teka
Kan ku nanti mu wahai malam gelita
Kerana kau tidak akan merupa.....