Sunday, September 8, 2013

Sepurnama

YgKini genab sepurnama aku mengenalinya. Namun aku masih tak dapat menduga hatinya. Bohong kalau aku katakan yang aku tak menaruh hati padanya. Masakan tidak. Siapa boleh menyangkal. Dia bijak, terpelajar, baik hati, pandai membawa diri, comel, manja. Hati mana yang tidak terpikat.
Dari segi minat banyaj juga persamaan lebih-lebih lagi puisi dan lagu. Bagi pertama kali dalam hidup aku, aku merasakan aku menulis Dan ada khalayak yang membaca. Ini amat penting bagi seorang penulis. Dia juga telah menyalakan semula api semangatku untuk menulis semula. Dalam masa sebulan ini dia telah membustkan aku untuk menjadi lebih baik. Dan aku merasakan aku di puncak persada hidup.
Namun seperti biasa sudah perangai aku mudah akur pada perasaan aku. Aku mula jatuh hati padanya. Tetapi tiada sebab pun dia harus punyai rasa yang sama terhadap aku. Pada mulanya seperti dia ada menyimpan perasaan yang sama tapi kini nyata makin pudar. Benar atau aku yang ikut perasaan.
Ada orang mengatakan bahawa tiap kita mempunyai teman se-roh (soulmate). Dan kita harus mencari orang itu untuk dijadikan temqn hidup. Bagiku ini pendekatan yang kurang tepat. Aku rasa siapa sahaja boleh jadi teman se-roh. Ibu bapa, adik beradik, sepupu, kawan baik dqn seterusnya. Allah maha adil. Dia tak akan hanya mencipta seorang sahaja yang boleh membahagiakan kita. Kalau jodoh lain itu hal yang lain.
Berbalik pada dia. Aku berharap rasa yang aku ada terhadap dia bukanlah sekadar jalan sehala. Tapi kalau itu ketentuanNya, aku redha. Aku hanya mampu meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Biarkan dia menilainya. Walaupun apa keputusannya, aku sudah pemenang di sini. Terima kasih aku ucapkan pada dia. Kau telah mengubah persepsi ku pada hidup. Tidak pernah aku jumpa wanita sehebat dirimu...