Saturday, September 28, 2013

Jalan Menuju Bahagia

Ada yang berkata. Segala apa yang berlaku dalam kehidupan ini adalah ketentuan Allah. Takdir, Jadi dalam kehidupan mencari kebahagiaan, aku percaya Allah telah merencanakannya dengan begitu cantik sekali. Ada yang berjaya mencapai kebahagiaan dengan seklip mata, ada yang lambat, ada yang sekejap, ada yang lama, ada yang hanya menemui bahagia dengan satu cara dan ada juga yanh menemuinya dengan pelbagai cara.  Bahagia itu sendiri mempunyai definisi dan tafsiran yang berbeza mengikut individu. Bahagia tak semestinya duit yang banayk atau kerjaya yang gah. Kadang kala aspek kehidupan yang tianggap remeh seperti senyum, kucupan, dakapan dan sebagainya boleh membawa kepada bahagia.
Andai aku ditanya apa erti jalan bahagia bagi aku. Jawapannya mudah, aku akan bahagia bila kehidupan aku ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Masih lagi subjektif kan? Ertinya biarlah aku sediri yang tahu. Klau ada diantara kalian yang ingin meneka...silakan. Bila kehidupan kita dapat menjadikan diri kita dan orang lain lebih baik. Di situlah bahagia aku aku menginap. Tiada jalan salah atau jalan betul dalam mencari kebahagiaan.
Kadang kala jalan yang salah itu sebenarnya adalah jalan yang betul tanpa kita sedar. "Serendipity"  atau "fortunate mistake" adalah satu cara Allah menunjukkan aspek maha pemurahNya. Kalau semua pintu sudah tertutp, nescaya Allah akan bukakan  satu lagi pintu untuk kita cari penyelesaiain. Apa yang kita perlu tanamkan ialah, redha, buka hati dan pemikiran, jangan berfikiran klise and stereotype nescaya walau jalan kita bersimpang siur dan berlubang., Kita akan jumpa juga satu titik bahagia yang kita cari. Dalam masa perjalanan itu, amatilah keindahan alam sekeliling, berhenti bila rasa perlu dan resapi segala keindahan dunia ciptaan Allah sehinggalah kita dipanngil menemuiNya.