Siapa diri ku?
Setelah kau pergi dengan segala ludah melulu
Lalu kau tinggalkan seperti balu
Sendiri tanpa tahu
KIta pernah menjejak pelangi
Dan kita katakan pelangi itu kita bakal miliki
Aku masih terus menjejaki
Tanpa kau sedar....kau sudah beralih hati
Kini kau datang kembali
Kau kata rindu ini masih kau cintai
Rindu atau kau sudah mula sunyi?
Tiada siapa melamar sudi
Kau goncang jasad ku yang kosong
Kau seperti tak percaya ianya sudah lohong
Ia sudah lohong sejak kau kata bicara cinta mu semua bohong
Biarkan aku.........TOLONG
Nukilan Orang Hati. Sisinya Gelap Tidak Kelihatan. Dikenali Tapi Tak Pernah Dierti. Ramai Tapi Tetap Sendiri. Gembira Tapi Tak Pernah Terisi. Mendakap Realiti Dalam Mimpi, Benar Tapi Penuh Palsu. Hilang Dalam Terang. Sembunyi Dalam Gelap........Cinta Itu Inspirasinya
Friday, September 23, 2016
Wednesday, August 17, 2016
Gelap
Dalam gelap ini
Nafas ku sesak
Mata tak terlihat telingan sudah tuli
Tak mampu lagi memuji
Dinding sangsi mula menimpa aku
Sikit demi sedikit
Makin lama makin menghimpit
Dan sempit
Aku masih dalam gelap ini
Mencari sinar yang paling terang
Mencari cahaya yang sudah tak mahu pampang
Dan dalam kegelapan itu
Muncul terwelu putih
Seputih salji
Ia lari bila aku menghampiri
Berlari menuju kegelapan yang lebih dalam
Tapi ia masih ku lihat jelas
Putih yang bersinar
Sehinggalah ia terus hilang dalam kegelapan
Aku dibiarkan
Mencari jejak kaki
Mencari suara hati
Kerana terwelu putih itu adalah inspirasi
Yg hilang dalam kegelapan bangkai nafsu yang tiada tepi
p/s Zine Gelap tulisan saya kini boleh didapati secara percuma. Email saharulnazri@gmail.com jika berminat untuk dapatkan senaskah.
Saturday, April 9, 2016
Gambar
Senyum tipu
Diukir selepas bilang 1,2 dan 3
Lalau dipampang di alam maya
Kononnya bahagia
Hippokrasi yang diangkat mulia
Biar orang tak mengata
Asal hati sengsara
Apa ada pada gambar?
Dulunya puisi tanpa kata
Kini palsu yang bermuka suka
Diukir selepas bilang 1,2 dan 3
Lalau dipampang di alam maya
Kononnya bahagia
Hippokrasi yang diangkat mulia
Biar orang tak mengata
Asal hati sengsara
Apa ada pada gambar?
Dulunya puisi tanpa kata
Kini palsu yang bermuka suka
Friday, January 22, 2016
Pada dada malam
Nafsu berombak
Dan seluruh tubuh mu ku usah
Mencari satu sensasi yang sudah lama tak ku temui
Dada mu ku usap ramas puas
Desah mu semakin panas
Nafsu meningkat satu aras
Mencari nikmat di luar waras
Umpama mabuk kas kas
Selepas reda nikmat semua sekali
Malam tetap dengan gelita pada hati
Kucup yang tiada erti
Belaian yang tiada seri
Cuma kerakusan yang tidak kenal henti
Maka keringat menitis menggila babi
Hingga ke puncak ia reda
Walau kau tetap mahu terus menala
Dan pada dada yang ku rosakkan semua
Jalan ku sudah sedia cara
Dan seluruh tubuh mu ku usah
Mencari satu sensasi yang sudah lama tak ku temui
Dada mu ku usap ramas puas
Desah mu semakin panas
Nafsu meningkat satu aras
Mencari nikmat di luar waras
Umpama mabuk kas kas
Selepas reda nikmat semua sekali
Malam tetap dengan gelita pada hati
Kucup yang tiada erti
Belaian yang tiada seri
Cuma kerakusan yang tidak kenal henti
Maka keringat menitis menggila babi
Hingga ke puncak ia reda
Walau kau tetap mahu terus menala
Dan pada dada yang ku rosakkan semua
Jalan ku sudah sedia cara
Subscribe to:
Posts (Atom)