Tuesday, September 10, 2013

Wanita Di Rumah Besar

Wanita Itu
Enam orang puteranya
Dikandung penuh setia
Di tambah seorang puteri laksana
Hatinya tabah pendamkan luka

Wanita Itu
Suaminya orang berada
Namun dirundung ujian yang Esa
Kini umpama sayur semata
walau hatinya umpama laksamana

Wanita Itu
Ayahnya sudah lama tiada
Ibunya bermulut amat terbisa
Mencaci sudah santapan biasa
Kerana hukum diturutkan sahaja

Wanita Itu
Hanya berteman puteri laksana
Kerana puteranya belayar sahaja
Menanti pulang sekali sekala
Mengubat rindu berlingkar dijiwa

Wanita Itu
Diamnya di rumah besar
Namun sunyinya masih terdasar
Bergelut cacian angkara si kasar
Yang berkongsi puting dalam membesar

Wanita Itu
Bilakah masanya menutup mata
Berteman puteri laksana
Puteranya ada dalam tiada
Inilah ujian yang m\Maha Kuasa