Friday, September 27, 2013

Yasmin Ahmad - Memperingati Seorang Pencerita

Ada suara yang menyuruh aku tidur tapi mata ini tak biasa untuk lelap. Perkara ini udah 2 hari berlegar di kotak pemikiran aku sejak aku membaca naskah  " Yasmin How You Know". Satu naskah yang aku kira sangat cantik dimana rakan-rakan serta keluarga arwah Yasmin mengimbau kembali pesan-pesan arwah yang meliputi perkara-perkara seperti agama, ketuhanan, kehidupan dan sebagainya.
Seorang rakan pernah menegur. "Yasmin ini mengajak ke arah pluralisma agama. SESAT'. Waktu itu aku terdiam sahaja dan tak membalas. Mungkin ada benar hujah rakan ku ini yang sebenarnya seorang fanatik penulis Faisal Tehrani.
Tapi kini selepas membaca naskah ini aku terfikir, kenapa perlu kita hujah mula dari perbedaan? Kenapa tidak bermula dengan persamaan dan dari situ kita bina dan pupuk sesuatu yang lebih positif. Kita harus mencari titk persamaan dahulu bukan mencari garisan pemisah. Selain itu pemikiran yang positif dan optimis juga harus dipupuk. Di dalam buku ini seorang rakan arwah Yasmin mengimbau kembali ketika Perang Teluk pertama baru sahaja meletus dan rakannya mengajak arwah ke demonstrasi anti peperangan. Arwah terus menolak dan memberitahu kalau ada demonstrasi pro keamanan baru dia akan pergi. Di sini kita dapat lihat dimana arwah menolak sesuatu yang agak negatif naratifnya dan memilih satu yang disebut lebih positif walhal kedua-duanya hampir sama.
Tiba-tiba aku teringat, aku membesar di Subang Jaya di mana rumah aku sederet dengan rumah Pak Atan dan Mak Inom (ibu bapa arwah). Walaupun aku tidak pernah berjumpa tapi aku teringat cerita emak aku. Emak aku sering melihat Pak Atan dan Mak Inom di pasar dan Pak Atan seorang yang amat kelakar dan sering membuat Mak Inom ketawa. Harap aku dapat buat yang sama sebegitu bila samapi masanya kelak. Sebelum aku mengakhiri tulisan untuk pagi yang bening ini aku ingin berkongsi puisi tulisan arwah yang berjaya menawan hati ku. Hayatilah:-

Peaches

by Yasmin binti Ahmad

Bathing,

in the blossom

of our love,

I am suffocated by

its rotting.

It happens

that it happens.

When a man and woman

first meet,

they are at their

kindest,

most polite,

most

considerate.

Never again,

from that moment on,

will they be

as sweet,

or will their

smiles be

as genuine,

or will their eyes be

as playful,

or will their longing be

as pure

or as powerful,

as on that first

accidental meeting.

It is as though

a heart that falls

in love

were

a peach

at the peak of

its ripeness;

plump

and velvet to the touch,

but destined

to decay

and decay.

Would it that

the heart could love

a lover

with as much

conviction,

as a few

conditions.

as when it loves

a friend.

About these ads