Wednesday, September 4, 2013

Dunia Dengan Runut Bunyi

Cuba bayangkan dunia tanpa pencemaran bunyi. Hanya kedengaran runut bunyi kegemaran anda. Berterima kasih kepada pencipta earphone. Hari ini aku bercadang hendak ke One Utama tetapi tekak terasa teringan karipap Ikea. Aku turun di IPC. Bila kedengaran hanya runut bunyi, kita akan lebih melihat. Melihat dengan mata mendengar dengan hati. Terasa dunia lebih sempurna. Takde kedenganr orang bersembang kuat di dalam bas, hon kereta, hiruk piku lebuh raya. Pendek kata dunia lebih tenang. Tapi kalau runut bunyi anda adalah dari Lamb of God, mungkin lain cerita. Haha.
Selepas menjamah karipap IKEA yang begitu mengenyangkan. Aku terus berjalan setiap inci IPC. Jurujual pun tidak mendekati aku. Memang tenang. Sampai tingkat atas aku tiba ke syurgaku yang sudah lama tidak aku kunjungi. Kedai buku, gedung ilmu, toko membaca.. Aku mula menyelongkar tiap rak mencari apa yang menarik minatku. Penuh sabar aku meneliti tiap satu persatu. Dan akhirnya aku  terjumpa juga dengan harta karunku. Misi merayau tanpa tuju berjaya. Aku sedar dua perkara. Membaca jabatan ilmu dan dunia tanpa komplikasi akan lebih indah. Jangan terbeban dengan benda-benda remeh. Bingkaikan semula pandangan supaya lebih positif. Ayuuhhh!!!