Labuh sudah sayapku ini
Tak terdaya ku kuak kini
Kaki sudah letih berlari
Melawan arus angin bertubi
Awan biru berseri
Terbentang peluang terpampang destinasi
Laluan menuju bahagia abadi
Sayap sayap ini ciptaan minda
Yang kini sudah tak berguna
Kerna destinasi tidak lagi lapang dada
Menerima ini seadanya
Namun ku teruk kuak kan jua
Walau diri tak sudi diterima
Mahu ku tatap walau sekelip mata
Kujur mu dan aku rindu selama
Semua ini dusta
Sayap sayap ini tak berguna
Sama umpama aku laksana
Hanya memenuh ruang udara
Biarkan ku terhempas berkecai nyawa
Kerna itu sahaja yang aku upaya