Dunia manusia asyik menghukum
Umpama surga neraka ternampak di halkum
Jalan ke surga tak semestinya wangi bertalkum
Ke neraka tak mestinya berliku dentum
Dosa bukan hak manusia
Untuk ditentu hina mulia
Hanya Yang Esa tentukan ia
Bukan dijaja simpati sahaja
Sedarlah insan semua
Dosa kau jangka mungkin pahala
Jika hatimu terletak sehaya
Jangan mudah hilang jangan mudah lupa
Diadili kita hanya setelah kembali padaNya