Pagi aku ke Pasarboco
Sehari sebelum hari minggu
Cuaca redup tak ku sangka berhawa panas
Tetiba kereta dicret haiwan unggas
Aduuuh habis
Memakir di Pasar Seni
Hendak ke sana ku berjalan kaki
Peluh memercik mengila babi
Hawa panas gantilah salji
Kini aku di depan Pasar
Umat berpusu kemana kemari
Mengheret kotak mengangkut almari
Mereka buat mereka suka hati
Tiba-tiba alam sekitar memanggil kemari
Aduh.... mana tandas dah tak tahan kini
Tahan sahaja mahu saja ku ikat pundi
Jaga-jaga jangan melimpah nanti
Melihat sekitar... buku - buku terlentang
Rambang mataku terbuntang
Ini mesti dompet boleh kontang
Tak mengapa nanti kita bincang
Tidak cukup boleh hutang
Habis ku borong pelagai feadah
Beg berat seperti beg budak sekolah rendah
Namun masih tak sempurna indah
Janji pada mu aku harus sudah
Terpandang buku yang mahu ku beri
Nukilan hebat Puan Wani Ardy
Melihat dia sibuk kesana kemari
Buku ini harus ku pinta catatannya nanti
Mundar mandir ke situ ke sini
Minum dulu tekak harus di airi
Di tangan ku tergengam naskah ini
Hendak aku minta...hati segan tak berani
Akhirnya ku bulatkan hati
Ketemu Puan Wani Ardy
Tolong catatkan pesan serasi
Agar naskah ini unik tersendiri
Laksana dirimu dihati ku kini
Selamat memdalami.............................................