Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Mengejar bintang

Selarut gelap malam
Dongak ke langit penuh legam
Cahaya hanya suram
Hati ini umpama menurun curam
Laju dan berdebar geram
Bintang yang dikejar tak muncul pejam

Wahai bintang
Munculah untuk sebarang
Akan ku kejar mu tanpa halang
Cinta yang ku kendong tanpa kepalang
Adalah rasa untuk mu tanpa pantang
Ini bukan curang
Ini bukan halang
Cuma jiwa dan hati yang berlain sembang



Merindui Mu

Jika mampu aku putarkan masa
Mahu aku ulang antara kita
Akan aku jujur dalam kata
Akan aku betul dalam cara
Agar ku tetap menjadi sang purnama
Dan kau tetap sang puteri yang merinduinya

Kini menghampiri hari hari genap kita mula bicara
Ketiadaan mu membuat aku terasa
Rindu ini kau empunya
Maafkan aku kerana punya rasa
Tetapi ini lah sejujur cakna

Merindui mu ini tiada akhirnya
Walau jalan kita kina berbeza
Terima kasih atas segala
Kau mengubah aku dengan sebaik cara
Menjadi ilham beribu kata
Walau rindu ini tiada pandangan mata
Di hati tetap tersemat makna

Wednesday, June 3, 2015

Ada orang

Ada orang
Bercinta kerana ikut edaran semasa
Mahu yang bergaya sahaja
Wajah rupawan gelagat manja
Tapi aku
Bercinta untuk ,melengkapkan fitrah
Dan tak terlintas hati ini pada siapa harus ku serah
Hingga kau datang menunjuk arah
Kau lah cintakan yang tak dapat naskah

Ada orang
Menulis kerana mahu nampak jaguh
Bakatnya ada tapi jiwanya lebuh
Jual jiwa hinggah patanhnya paruh
Tapi aku
Tulisan aku membina dunia
Khas untuk diri empunya
Kalau ada yang mahu bertandang sapa
Jemput ke mari kita berbahasa
Jiwa ku hak aku untuk selamanya

Ada orang
Wang adalah segala
Mengenyangkan lapar dahaga
Menukar sukar jadi selesa
Sampai sanggup menjadi hamba
Merubah rupa menjadi hina
Tapi aku
Akui wang itu perlu
Namun menahan diriku aku mampu
Bila maruah orang persoalkan dulu
Kau tak kenal aku..jadi apa yang kau tahu

Friday, May 22, 2015

Telan Kata

Tiada siapa yang tahu
Apa yang ku rasa tentang diri mu
Adakah cinta?
Adakah sayang?
Adakah kasih?
Rasa ini bersimpang siur
Bercampur baur
Membuat nafas tersumbat salur

Ku telan semua kata
Kerana aku tak tahu adakah ia berguna
Haruskan aku luahkan sempurna
Atau biar ini berkubur sahaja
Dab setelah bertahun ku pendam rasa
Kini masanya untuk aku telan semua
Kerana pandang mu sudah berlain hala
Aku hanya susunan nombor yang tak berguna


Saturday, May 2, 2015

Bunga

Kian layu
Dan terus melayu
Bunga yaang aku serah padamu dulu
Bersama hatiku
Untuk kau rindu
Tapi kini sudah tidak sama lagu
Ada hanya ragu
Dan rasa yang bukan satu

Bunga itu
Aku idamkan kau jaga tanpa melulu
Disiram dengan kata-kata merdu
Dibaja dengan asmara laku
Kini hanya disogok dengan sendu
Biarkan bunga ini terus melayu
Dari mkar tetapi tak laku
Satu hari akan lenyap tanpa siapa tahu
Kecuali aku..................................
Kerana harumnya masih tersisa ditangan ku
Dari saat aku berikan pada mu dulu

Friday, May 1, 2015

Dan Kau Hilang

Kau dan aku makin merenggang
Makin jauh umpama hilang perangsang
Kau makin menghilang
Mengelak rasa untuk terus terang
Membuat aku hilang tenang
Inspirasi dulu yang gilang gemilang
Kini tinggal debu yang berterbang
Di mana salah ini bermula?
Kemana dia akan bawa
Hujung dunia?
Firdausi syurga?
Atau terus ke neraka?

Aku masih perlu kau wahai cinta
Bagi api inspirasi untuk terus menyala
Maafkan untuk segala duga
Hentikan dalih bila aku menggerak cuba
Kau tetap istimewa
Di hatiku yang penuh lara
Ruang mu masih aku jaga
Walaupun bukan mahligai istana
Tapi cukup untuk kau hangatkan rasa
Hilangkau ini hilangkan punca
Aku sudah tidak sama
Kembalilah.....walau aku tak mampu milik segala



Thursday, April 16, 2015

Bila Genggam Ku Kau Lepas

Sayup sayup
Itu yang mampu aku lihat
Bila kia ternyata nekad
Untuk lepas genggam tangan yang sudah berakad
Mungkin aku yang tak dapat sekat
Amarah mu yang bertingkat tingkat
Aku terus hilang dalam dunia yang berputar ligat

Kau meronta
Melepaskan genggam ini
Memaksa aku akur
Benci mu  ini sudah tak perlu diukur
Seranah yang sudah berlikur likur
Remukkan hati ku ini lagi jika itu yang kau mahu
Henyak sekuatnya seperti yang ingin tahu
Aku tetap memandang semua ini
Pada sayup sayup perasaan
Melihat kau pergi
Membenarkan aku rasa tak diingini
Biarlah bertembung apa sekali
Genggam aku kini sudah lali
Walau ia enggan pergi

Wednesday, April 15, 2015

Sebuah Kemaafan

Kita sudah hampir di penghujung
Dan penantian aku seperti tak berhabis kunjung
Kau tetap dengan cara sang puting beliung
Dan aku, si buta yang meraba dalam gelap hitung
Kau sedarkah apa yang asyik kau hambur?
Belati, pisau menoreh tanpa kabur
Adakah kau mahu aku berundur?
Kerana kita sudah mula kendur?
Jika itu yang kau minta aku akur
Katakan sahaja tanpa kayu pengukur

Aku hanya mahu sebuah kemaafan
Dari sebuah bahagia tiruan
Jika kau boleh bergembira bersama mereka
Kenapa dengan ku hanya mencuka?
Aku tak pinta untuk jadi raja
Aku tak menanti untuk menjulang tahta?
Jika yang kau lihat hanya egois ku semata
Maka telah tersalah kau duga
Berikan aku kemaafan tanpa ugut cara
Nescaya aku akan jadi yang terbaik guna

Monday, March 30, 2015

Bila Cinta Dan Benci Bertembung

Hati kau boleh berubah
Bila di lain kau lihat indah
Hati aku boleh mengalah
Bila kecewa tak sudah-sudah
Peluang di depan jangan dibiar punah
Hati mu kini ditangan untuk aku jamah
Punya masa punya tika
Tak bermakna jika tiada turut serta

Hentikan segala balah
Yang kita tak tahu betul atau salah
Aku boleh ragakan sejuta wajah
Walau satu pun kau tak pernah kisah
Namun bila yang benar dianggap entah
Tamparannya....realiti yang bernanah

Tiap masa, tiap ketika
Aku rasakan tiap cinta yang tercerna
Pulihkan segala sengketa
Bila cinta dan benci bertembung rasa

Sunday, March 22, 2015

Hati

Hati yang belum terisi
Adakah ia sendiri?
Hati yang sudah di miliki
Adakah ia benar-benar dicintai?
Pertanyaan demi pertanyaan
Adakah ia sebenar wujud kejadian?
Hati ini penuh persoalan
Hati ini masih belum  jumpa pengertian
Bukannya kerana kesetiaan
Bukannya kerana layanan
Hati ini sebuah misteri melalikan
Kalau ini terus berterusan
Ada hati yang yang akan terbiar kesakitan

Thursday, March 19, 2015

Pilihan Mu

Pada mata mu
Terpampang dua jala yang berseteru
Yang tak akan tembus temu
Pilihan harus kau buat lalu
Berbeza arah berbeza laku
Tak keduanya dapt kau gapai selalu
APatah lagi dalam melulu

Inilah dunia
Pincang dalam suka
Senyum tak akan gambarkan hati jiwa
Tak teroka oleh minda
Pilihlah yang mana ka rasa selesa
Pada mana yang lebih menyentuh jiwa
Dan ingat dan berwaspada
Waktu kau fikir ia sudah sempurna
Takdir itu akan beri lencongan yang kau tak sedari dari mana

Wednesday, March 11, 2015

Bagaimana Hatimu

Apa khabar
Jantung aku ini masih berdebar
Saat nama mu minda ku papar
Aku tak mampu hindar
Biar hatiku ini kini pijar
Rindu ku kian menjalar
Dan kini mula merasuki seluruh tubuh ku yang hingar

Hatimu
Aku masih tahu
Adakah ada di dalamnya susuk aku?
Aku masih berharap selalu
Agar kau terus ingat pada ku

Bagaimana hatimu
Mampukan aku inap dalamnya tanpa lalu
Atau ruang itu sudah ada yang menunggu
Dia yang kau nanti tanpa jemu
Tidak mengapa kalau begitu
Aku pergi dulu

Tuesday, March 10, 2015

Sebelum Tiga Dan Lima

Sebelum tiga dan lima
Ingin aku ucapkan cinta pada semua
Takut takut lupa dalam berkata
Atau lena dalam celik mata

Sebelum tiga dan lima
Ingin aku lepaskan cerca
Sudah lama berkampung di dada
Bagi semua yang enggan pada cinta
Hanya mahu pada khayal dunia

Sebelum tiga dan lima
Ingin aku pinta ampun pada berjasa
Melihat ku dengan dua mata
Membelai ku dengan jari lima dan lima
Tidak terbalas apa yang ku cuba
Walau dengan wang berjuta

Sebelum tiga dan lima
Padaku aku lontar kata
Jadilah manusia
Bukan orang yang mencukup kira
Hidup ini tidak lama
Mungkin tiga dan lima ini yang terakhir ada

Sunday, March 1, 2015

Kau Ingat Kau Siapa

Kau ingat kau siapa
Boleh mainkan hati ku seperti yang kau suka
Kau yang memula semua
Mahu aku ada sentiasa
Dan aku mencintai mu penuh usaha
Seikhlas hati sepenuh jiwa
Agar kau bahagia
Dan aku sentiasa ada
Untuk merawat luka yang lara

Namun kini semuanya bertukar jadi
Kau tutup segala ruang hati
Kau kata kau mahu sendiri
Pinta ruang itu dan ini
Jadi aku terbiar pergi
Umpama jiwa yang mati

Kau ingat kau siapa
Mengatakan kau adalah impian aku selama
Mengatakan kau adalah permaisuri raja
Kau bukan siapa siapa
Hanya watak penyakit yang akan aku lupa
Nantilah pusingan karma
Bila kau diperlaku laksana tak berguna
Dan waktu itu......mungkin aku akan kau sapa
Aku...tetap ada untukmu...sebagai manusia

Tuesday, February 24, 2015

Andai Ku Tahu

Apakah yang akan membuat hati mu berkocak deras
Laksana halilintar ber das das
Andai aku tahu
Kan ku lakukannya tiap waktu
Agar kau rindu
Rindu pada aku
Aku yang kian layu
Menunggu
Dan menunggu
Lalu jemu

Andai ku tahu
Cintamu masih utuh sebegitu
Nescaya aku akan menunggu
Menunggu bersama dingin bayu
Menyambut tangan mu
Dan senyum mu
Tak akan ku biar benci ini melata dan merayu
Hingga yang ku tahu jadi tak mampu
Tak mampu untuk tunggu
Hingga kau berlalu
Tak seperti dulu
Yang sering ketawa akan canda ku
Walau ia hanya kata kata dungu

Andai ku tahu
Isi hati mu
Sudi kah kau minum kopi bersama ku?
Dan mungkin jawapan mu.....aku masih tak daya mampu
Kecewa ini adalah lagu.

Hari Ini

Hari ini
Sampai sudah suku abad umur diri
Diri yang memberi inspirasi
Hidup ini bukan untuk diperhati
Pada randik jarum yang berhalusinasi
Tetapi untuk digenggam sepeluk rialiti
Sambil doa menginsafi
Cintalah pada Pencipta ku
Dan dia akan mendatangkan cinta dalam penuh bukan suku

Hari ini
Aku tahu kau akan tersenyum sepanjang hari
Adakah jambangan akan datang mengetuk hati?
Dia yang kau nanti
Hari demi hari
Sungguh istimewa kali
Dirimu yang aku kenali
Terima kasih yang mampu aku beri
Untuk mu teman, di hari ulang lahir mu ini.............



Wednesday, February 18, 2015

Sedih sakit

Waktu aku paling lantang
Adalah tika aku sedih dah sakit
Lantang dalam senyap
Tentang dalam sayup
Itulah aku
Hanya sekujur tubuh yang mahu dimengerti
Hilang tapi tegak berdiri
Lenyap tapi duduk menanti

Sedih dan sakit ini membuat aku makin tahu
Bahawa baik itu palsu
Benci itu unggul satu
Tapi benci ini bertopeng
Atas nama menjaga hati
Atas nama budaya ketimuran sejati

Persetan!!!!!
Manusia bertalam dua mukanya
Kau tak akan selamat di akhirat dan dunia
Balasan sudah bersedia dihujani
Selagi taubat tak kau dekati
Dan aku...biarkan sedih dan sakit
Kerana pada waktu itu....aku adalah pada yang terbaik bait


Sunday, February 8, 2015

Cincin Dari Kertas

Ku tak mampu janji emas permata
Hanya cincin dari kertas semata
Namun rasa ini benar belaka
Seikhlas yang pernah aku ada
Izinkan aku sarungkan ia
Ke jari manismu wahai cinta
Ia lebih dari emas yang kau sangka berharga
Kerana pada cincin ini aku hatiku berada
Dan ku persembahkan seperti seorang sahaya
Pada mu wahai sang puteri jiwa

Namun jika kau berasa tak suka
Koyakkan cincin itu sahaja
Namun hatiku akan terus berada
Pada mu hingga keakhir masa
Kerana rasa ini tiada curiga
Walau pun di tolak terima
Apa guna berlalu pergi
Kalau rasa ini sudah tersauh jati

Inilah cincin ku cetus dari kertas hati
Kepingan yang membuat berdenyut nadi
Menyambung hidup ku untuk terus bangkit kembali
Ku serah pada p wahai yag dicintai
Izin tuhan kita akan bersatu nanti

Tuesday, February 3, 2015

Hatiku Di Cameron Highlands

Kabus pagi
Sejuk mengetar gigi
Aku tahu kau tak suka keadaan begini
Senyumlah sayang, ianaya mengundang rezeki
Nampak lesung pipit di pipi
Tetiba kau lenyap pergi
Membawa hatiku yang tergenggam rapi
\Bersama ros, lavender dan bunga matahari

Hatiku tertinggal di tanah tinggi
Bersama rasa sunyi dan sepi
Aku tak akan jemu dengan bayu sejuk ini
Aku tak akan bosan dengan pandangan ini
Ini sahaja cara aku terus mendakap mimpi
Untuk bersama mu tiap hari
Dan meneroka diri mu tiap inci
Tonjolkan diri mu diluar alas hijabi
Terima lah aku yang hanya alas kaki

Bayu pagi ini terus bertiup nyaman
Walau kau kini tak lagi heran
Temuikanlah aku dengan penyelesaian
Hati ku in tiada terkesan
Biarkan dia di Cameron Highland
Tanah tinggi yang penuh ketentuan
Kejayaan atau kegagalan

Aku sudah mula merinduinya
Walau aku harus kembali ke tanah rendah
Biar hatimu aku redah
Kerana hatiku masih tertinggal padanya




Sunday, February 1, 2015

Mengapa Harus Membisu

Mengapa???
Ini yang kau pilih cara.
Membisu tanpa kata
Kau kata ini yang sepatutnya
Adakah kau lupa???
Aku juga manusia
Kau ada yang aku salah katakan saja
aku boleh terima petinju satu dua
Dari hati berkecai tanpa rupa
Dari hidup dalam tanda tanya

Bila kau pilih untuk membisu sahaja
Kau sedapkan hatikau sebenarnya
Di balik dinding yang palsu dan kaku
Dan aku kau harap untuk tunggu??
Biarlah. Kalau itu buat kau bahagia
Siapakah aku mahu meminta-minta
Layakkah aku untuk mengarah kerja
Aku juga manusia
Dan terkesan bila kau bisu tanpa kata
Tiada lagi bicara ceria
Dan kini kau biarkan aku sendiri tiada siapa