Kita sudah hampir di penghujung
Dan penantian aku seperti tak berhabis kunjung
Kau tetap dengan cara sang puting beliung
Dan aku, si buta yang meraba dalam gelap hitung
Kau sedarkah apa yang asyik kau hambur?
Belati, pisau menoreh tanpa kabur
Adakah kau mahu aku berundur?
Kerana kita sudah mula kendur?
Jika itu yang kau minta aku akur
Katakan sahaja tanpa kayu pengukur
Aku hanya mahu sebuah kemaafan
Dari sebuah bahagia tiruan
Jika kau boleh bergembira bersama mereka
Kenapa dengan ku hanya mencuka?
Aku tak pinta untuk jadi raja
Aku tak menanti untuk menjulang tahta?
Jika yang kau lihat hanya egois ku semata
Maka telah tersalah kau duga
Berikan aku kemaafan tanpa ugut cara
Nescaya aku akan jadi yang terbaik guna