Sebelum tiga dan lima
Ingin aku ucapkan cinta pada semua
Takut takut lupa dalam berkata
Atau lena dalam celik mata
Sebelum tiga dan lima
Ingin aku lepaskan cerca
Sudah lama berkampung di dada
Bagi semua yang enggan pada cinta
Hanya mahu pada khayal dunia
Sebelum tiga dan lima
Ingin aku pinta ampun pada berjasa
Melihat ku dengan dua mata
Membelai ku dengan jari lima dan lima
Tidak terbalas apa yang ku cuba
Walau dengan wang berjuta
Sebelum tiga dan lima
Padaku aku lontar kata
Jadilah manusia
Bukan orang yang mencukup kira
Hidup ini tidak lama
Mungkin tiga dan lima ini yang terakhir ada