Tuesday, December 17, 2013

Sunyi

Bila tubuh tak lagi terisi
Ku rasa sunyi
Semuanya sudah pergi
Sumuanya hanya tahu maki
Dari seremeh-remeh isi
Ke sebesar-besar hajati
Sejuk jari jemari
Beku sudah ombak berfungsi

Sunyi ini mendamaikan
Namun memamah aku perlahan-lahan
Membuat aku makin terperasan
Aku mahu dia bersamaku berperasaan
Menjalin hidup bersulam haluan

Sunyi ini takkan pergi
Selagi jiwa ini tak terisi
Pergi dapatkan dia nanti
Jangan tunggu sampai tak terkembali
Kalau dia pemecah sunyi
Berikan dia sebuah tukul realiti