Saturday, December 14, 2013

Sang Halimun Mahu Berbicara

Makhluk hina
Kali ini cuba berbicara
Tak siapa peduli belaka
Kau harus tahu kau siapa
Melukut merata-rata
Harus kau diam sahaja
Butir bicara kau tiada siapa peka
Jasad tak terlegap ini kan pula hujah mengata
Biar diam durjana
Kau pendam sahaja segala rasa
Kau harus tahu kau siapa
Sang halimun makhluk hina

Kali ini dia degil keras segala
Dirampas pembesar suara
Aku mahu berkata kata
Kalau kau tak mahu dengar itu kau punya suka
Aku masih wujud masih bernyawa
Masih lagi bermaruah dan berperasaan rasa
Kau boleh terus diam beribu hala
Padaku masih lagi ada syurga
Inilah benar inilah fakta
Kalau salah pada ku ku pohom maaf berjuta

Dan pada mereka yang hanya pandai lontarkan kata
Jangan kau lagak umpama kau tahu semua
Aku tak pohon simpati semata
Tak juga ku pohon fahami segala
Biarkan aku lalui jalan yang aku suka
Tak mahu sokong diamkan sahaja
Lagi kau terus mengata
Tak apa itu adalah cerminan kau sebenarnya
Aku Sang Halimun mahu berbicara