Sunday, December 8, 2013

Terima Kasih Wahai Madiba

5 Disember terpahat sebagai tarikh gelap bagi seluruh dunia. Nelson Rolihlahla Mandela telah meninggal dunia pada usia 95 tahun. Kesihatan bekas president Afrika Selatan ( 10 May 1994 - 14 June 1999) dan pejuang anti Apartheid ini sememangnya  sudah berbulan di tahap kritikal maka pada Jumaat lepas dia dipanggil oleh Sang Pencipta.
Aku amat kagumi dia lebih-lebih selepas menonton Invictus lakonan Morgan Freeman dan Matt Damon. Filem yang berlatar belakang belakangkan Piala Dunia Ragbi 1995 yang memaparkan hubungan Mandela dan ketua pasukan Springboks ketika itu yakni Francois Pienaar. Apa yang membuat aku kagum ialah di mana sifat pemaaf Mandela kepada regim Apartheid yang dianggotai oleh golongan Afrikaneer. Beliau membawa golongan kulit hitam untuk bekerjasama dengan kakitangan president yang sedia ada yang rata-rata berkulit putih.Pada ketika golongan Afrikaneer ini beranggapan bahawa mereka pula yang akan di tindas tapi apa yang dilakukan oleh Mandela adalah sebaliknya. Malah Mandela menjadikan Springboks yang begitu di keji oleh golongan kulit hitam menjadi alat untuk penyatuan Afrika Selatan
Mewujudkan "Truth and Reconciliation Commission" merupakan usaha beliau ketika menjadi President utuk menyiapakn Afrika Selatan untuk melalui transisi dari Apartheid ke Demokrasi. Di dalam suruhanjaya itu pengampunan akan diberikan kepada pemerintahan terdahulu sekiranya mereka mengakui segala kesalahan mereka ketika memerintah. Walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak, Mandela teruskan suruhanjaya ini kerana beliau berfikiran kemaafan adalah cara untuk menuju depan.
Ada banyak lagi sumbangan beliau yang mungkin aku tak dapat nyatakan disini. Rasanya aku perlu baca biografi beliau. Beliau ditahan selama 27 tahun di Pulau Robben and apabila dibebaskan dan dilantik ke tampuk kepimpinan tertinggi negara, sedikit pun tak menunjukkan sifat dendam. Tak seperti sesetenganh pemimpin yang kita tahu. Terima kasih wahai Mr Mandela, yang menunjukkan masih ada sinar untuk kemanusiaan. Hope you rest in peace Madiba



 "We, the people of South Africa, declare for all our country and the world to know:
That South Africa belongs to all who live in it, black and white, and that no government can justly claim authority unless it is based on the will of the people."
— Opening words of the Freedom Charter-