Wednesday, December 11, 2013

Kau Tahu?

Kau Tahu?
Sebenarnya aku sudah lama suka padamu
Dari dulu, ketika kau sering asyik mahu cubit aku
Waktu kau asyik cemburu ketika bersama bunga wangi berwarna ungu
Walau diam tapi aku rasa ada sesuatu
Kau tetap bersamaku waktu aku huraikan apa yang palsu
Palsu tentang diriku yang sudah lama aku biar beku
Bukannya aku mahu dusta menipu
Tapi aku tak sangka dari suka-suka jadi suka padamu

Kau Tahu?
Tiap detik aku menunggu pesan mu yang tersipu
Dan aku akan tertawa kecil merapu-rapu
Aku mahu pelawa kau minum kopi dengan ku
Tapi aku tahu susah kau mahu mengais masa sebegitu
Lalu aku biarkan ia berlalu
Tapi kadang-kadang si hijau cemburu datang bertamu
Bila kau kata kau luang masa bersama teman mu
Aku tahu dimana aku diam kini dan selalu
Tak perlulah aku cemburu
Tapi patut gembira kerana kau dapat luang masa bersantai maju
Aku hanya sekali lalu
Yang tak akan aku lupa sampai maut datang bertemu

Kau Tahu?
Aku sentiasa ingat pada mu
Tiap lunak suara
Tiap senyum ceria
Walau ketika kau seperti marah mencuka
Bagi ku kau laksana padanan sempurna
Tapi semua ini tiada makna
Kalau hati sudah tak suka

Kau Tahu?
Mungkin kau tak akan tahu
Aku suka padamu
Walau aku tahu ini mustahil berlaku
Tapi harapan akan terus jadikan aku manusia melaku
Melakukan benda bodoh yang aku sendiri pun tak menahu
Kau sedar tak apa yang berlaku?
Berilah aku peluang satu
Akan ku buktikan satu persatu
Bahawa dia sudah tiada, yang tinggal hanya kamu