Wednesday, December 25, 2013

Dia Dan Tanah Tinggi

Bayu sejuk memupuk pipiku
Membawa aku kepada kenangan dia yang sayu
Bila hatinya ditinggal tanpa setuju
Kerana ego yang membatu
Tidak rela menunggu
Membuang usaha dari empat tahun dahulu
Hanya masa yang dia perlu
Fahami hatinya yang berlagu sendu
Baru mahu dirasa manis dunia tentu

Kini dia sendiri
Menburu cinta yang ingin disemi
Patut hujung tahun gembira dinanti
Bertukar menjadi rasa sepi
Ditinggal seorang diri
Mungkin jalannya lebih dari ini
Sesuatu yang indah sedia menanti
Dihujung jalan nanti
Teruskan meneroka ukirkan senyum dihati
Dia pasti disayangi
Oleh seseorang yang lebih mengerti
Jangan patah hati
Ku tahu dia perkasa dalam sunyi
Angkat dirimu kembali
Kini bukan untuk menangisi
Dunia ini sangat indah untuk dikecapi
Bangkitlah wahai dia di tanah tinggi