Sunday, December 8, 2013

Noktah Bicara

Termenung
Berat betul bebanan....tak tertanggung
Sarat betul tekanan...tak terapung
Tiba-tiba dunia ku sepi tanpa bicara
Dari engkau dia dan semua
Aku ingin melupa
Cabutkan segala memori duka
Tetapi adakah memori suka
Ya memori kau duduk di depan mata
Malu tika mataku menjamah tubuh mu
Menjamah tiap inci wajahmu
Membuat kau tersipu malu
Melihatkau berjalan di depanku
Bila taman sejam bertemu
Kau kata aku lucu
Dan itu sahaja ingatku
Lalu duka datang bertamu
Menamat sinar mentari ku
Cuba ku selak hatimu
Namun bukan itu pakar ku
Adakah aku perlu kamu
Itu aku tidak akan tahu
Kerana bicara ini ternoktah jemu