Thursday, December 26, 2013

Selamat Malam

Dalam sunyi kelam
Waktu rasa makin rasa suam
Mulut terkunci kemam
Ingin berbicara dengan mu sebelum pejam
Demam ini sudah jenuh tertuam
Ku hanya mampu ucapkan selamat malam

Ku mahu berbicara seribu bintang
Segunung pendam ingin ku bentang
Walau benderang ku suluh terang
Namun ayat ini yang hanya dapat ku karang
Bagi menyejuk hasrat terhenti larang
Bahawa kau kini milik orang
Ku pegang hati agar tidah berang

Selamat malam wahai kamu
Ku kirim doa sejahtera dalam doa ku
Ingin ku lihat kau tersenyum selalu
Kerana itu yang membahagiakan sanubari tuju
Usah dikesali cinta yang berlalu
Jangan putus harap kerna ada yang bakal menunggu
Yang akan menyapu jajak mu ke awan biru
Selamat malam wahai kamu