Monday, December 16, 2013

Catatan Seorang Demonstran - Gie


Semalam merupakan hari dimana aku berjaya mengakhiri pencarian buku yang boleh aku anggap sebagai kuda unicorn aku. Ternyata jengukan aku ke  acaraArt For Grabs @ Annexe CM membawa hasil.. Buku ini telah lama kucari sejak menonton filem Gie arahan Riri Reza pada tahun 2004 (aku rasa). Pencarian itu terhenti dan aku seolah putus asa setelah jengukan di kedai-kedai buku dan pesanan kepada rakan-rakan yang berkunjung ke Indonesia gagal membuahkan hasil.
Namun semalam, mataku seolah bersinar setelah ternampak dua naskah buku ini. Dengan RM25 akhirnya aku berjaya memilikinya. Walaupun kualiti bukunya agak lusuh namun aku rasa tidak isinya
Jadi hari ni 16 December 2013, aku mula membacanya dan aku dapati ada sesuatu yang amat-amat membuat aku teruja. Soe Hok Gie meninggal dunia pada 16 December 1969. Hari ini merupakan ulangtahun kematiannya yang ke 44. Suratan atau kebetulan.