Sunday, December 22, 2013

Bahagia Pasti Menjelma

Usah kau gusar teman
Rancangan Dia tak akan bisa kau tawan
Tiap hidup pasti ada pilihan
Untuk kau berlari mahupun berjalan
Berbaiklah pada tiap taulan
Lihat segala permintaan
Tiap masalah ada punya jalan
Fikir yang baik-baik sahaja bukan sesalan
Nescaya kau akan jumpa dimana selesaian

Dulu kau yang bisikan pada ku wahai teman
Berbaiklah pada tiap insan
Berdoa dan usaha agar mereka temui kesejahteraan
Nescaya Dia akan balas dengan kurnia segala pemberian
Bagi mu untuk berbahagia dihari kemudian
Bahagia pasti menjelma untukmu wahai teman

p/s ditujukan kepada seorang teman yang kini kurang sihat. moga cepat sembuh wahai teman. aku akan sentiasa berda kau temui kebahagiaan........