Saturday, December 21, 2013

Monolog Untuk Aylle

Cuba kau dengar sini
Jangan kau hendak menipu diri sendiri
Kau rasa apa yang aku rasa kini
Jangan kau nafi
Jangan kau seksa diri
Aku juga turut merana nanti
Cinta aku cinta mati
Tak akan aku berubah hati
Walau berjuta seteru menanti

Cuba kau mari kemari
Aku mahu kucup mu berkali kali
Haha jangan takut aku tak akan berahi
Mahu ku tak akan bertukar laku menjadi
Aku memang suka berimiginasi
Letak mu dalam cerita fantasi
Hey kau mungkin fikir biru otakku barang kali
Aku tak akan apa-apa kau wahai sang puteri

Jangan lah....jangan lah lari
Aku hanya mahu kau berterus terang kali ini
Aku akan pergi jika itu kau ingini
Dan aka berlari datang jika kau ingin kembali
Kan ku lakukan segala afar kau puas hati
Kerana kau adalah ratu sanubari