Sunday, December 15, 2013

Penyajak Tua

Kisah dalam khalayak
Terlalu banyak sisipan terkuak
Si tua masih lagi bersajak
Tentang cinta, tentang hati yang teragak
Perihal hati merah jambu yang berlagak
Bercerita hal si jelita dan sang kacak
Gelora gejolak yang berkocak kocak

Berkata serong dalam khalayak
Sudah tua masih lagi mahu bersajak
Tentang muda mudi yang hidup segak
Lebih baik kau sajak tentang kematian yang kan datang untukmu kelak
Mahu tulis pun agak-agak
Kau tu dah tua bapak
Tiada wangi hanya hapak
Dalam baju berkotak
Tiada yang terkini "siak"

Lantas sabda si tua penyajak
Pada celupar khalayak
Aku menulis apa yang aku hendak
Menafsir apa yang aku nampak
Tak perlu kau dengar kalau terasa sesak
Mati pun bakal jemput kau wahai anak
Tak kira muda atau tua bapak
Mati itu pasti tak perlu aku menempelak
Penuhi hidup dengan tawa dan gelak
Jangan asyik meracau seperti orang tak boleh berak
Ahak ahak