Monday, December 9, 2013

Aku Mahu Jadi Salleh Ben Joned

Katanya tajam menusuk hati
Tapi itulah dia realiti
Memecah angan-angan mimpi
Membawa ku semula ke bumi
Setelah lama diam di mustari
Memburu bayang cinta yang jauh dari kenali
Hingga lupa cinta disini

Wahai Encik Salleh yang aku kagumi
Tulisan mu tak selalunya berbunga wangi
Namun sarat dengan pengajaran menjadi\
Menulis sering di dalam dua versi
Bukan terjemah tapi beza tafsiran sendiri
Mengkritik bangsa kini
Yang sering terbuai dalam tembolok duniawi
Usaha malas tapi senang dinanti
Menjadi bangsa kosong berbangga diri

Aku mahu menjadi seperti Encik Salleh
Melihat dunia atas bawah bersilih
Harap kudis sosial akan sembuh dan pulih
Dari merebak mengambil alih
Hatinya  sememangnya untuk dipilh
Menjadi ikutan dan ikatan bersih
Bangsa mu yang kini hidup dalam berdalih